Kuih karipap merupakan di antara kuih legend yang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Kalau sarapan pagi wajib kena ada karipap ini, untuk makan petang pun sesuai juga.
Mungkin ramai yang cuba nak buat sendiri kan? Tapi kalau bab buat kulit, ramai yang failed. Kalau salah cara, kulit akan jadi liat dan keras.
Sebenarnya, ada caranya untuk hasilkan kulit karipap yang rangup dan inti kentang yang sedap. Jom ikuti langkah demi langkah di bawah untuk membuat karipap hasil perkongsian oleh Puan Eyda Fyda yang merupakan seorang penjual karipap.
Peniaga Ini Kongsi Satu Persatu Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!
“Assalammualaikum. Memandangkan ramai yang minta share resepi kulit karipap rangup di post sy sebelum ni, saya dengan berbesar hati nak kongsi dengan kawan2 semua dan jangan lupa doakan agar saya dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan yang baik sentiasa. Aamiin.
Ingat… jangan share je tau, pastikan kawan2 cuba buat, mana tau boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan macam saya.”
Bahan-bahan kulit karipap:
Bahan-bahan inti:
- Ketang dipotong dadu
- Serbuk kari daging
- Cili kering dikisar bersama bawang besar, bawang putih dan udang kering
- Air rebusan daging bersama daging yang telah direbus
- Sedikit daun sup untuk bau yang sedap
- Garam
- Gula
- Serbuk perasa (optional)
Cara-caranya:
- Panaskan 1 cawan/mangkuk kecil minyak masak bersama 2 sudu majerin. Panaskan sehingga hilang bunyi berdesir.
- Tuangkan minyak masak bersama majerin yang telah dipanaskan tadi ke dalam tepung.
- Gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Buat air bancuhan garam (garam agak2 je ye).
- Tuangkan air bancuhan garam tadi sedikit demi sedikit.
- Ulikan sehingga menjadi seperti dalam gambar.
- Doh yang telah siap diuli.
- Rehatkan doh selama setengah jam dan bungkus di dalam plastik supaya tak kena angin.
- Doh yang telah direhatkan semakin lembut dan seakan berminyak gitu.
- Untuk inti, tumiskan lada kering, bawang besar, bawang putih dan udang kering yang telah dikisar.
- Masukkan serbuk kari (saya suka guna kari babas) tumiskan sehingga garing dan naik bau.
- Masukkan air rebusan daging, kacau rata.
- Masukkan kentang yang telah didadu.
- Masukkan daging cincang yang telah direbus.
- Tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
- Biarkan sehingga kentang menjadi empuk dan kering. Kena rajin kacau ye.
- Inti yang telah siap.
- Tadaaa siap karipap kita.
- Karipap yang telah siap digoreng dan sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba!
Kredit: Eyda Fyda