Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Saya Makan 6 Suap Je..”, Adibah Noor Kini Lebih Kurus, Kongsi Amalan Gaya Hidup Sihat

“Saya Makan 6 Suap Je..”, Adibah Noor Kini Lebih Kurus, Kongsi Amalan Gaya Hidup Sihat

Kategori: ,
Adibah Noor

Mendengar nama Adibah Noor di Malaysia ini, kebanyakan orang memang mengenalinya. Dia yang merupakan seorang pelakon, penyanyi dan juga pengacara TV memang popular dengan bakatnya lebih-lebih lagi dalam berlakon dan menyanyi.

Selalu tampil dengan wajah yang ceria dan comel, perkembangan terbaharunya mengejutkan orang ramai!

“Saya Makan 6 Suap Je..”, Adibah Noor Kini Lebih Kurus, Kongsi Amalan Gaya Hidup Sihat

Adibah Noor

Ini kerana, Adibah Noor mengejutkan netizen apabila tampil dengan wajah dan diri yang semakin kurus. Perkongsian gambarnya di Instagram lebih kurang 5 hari lalu menunjukkan dirinya yang semakin kehilangan berat badan mencuri tumpuan orang ramai.

Menurut Mstar, Adibah atau nama penuhnya Adibah Noor Mohd Omar bagaimanapun enggan mendedahkan berapa berat badannya sekarang ini termasuk jumlah kilogram yang berjaya diturunkan dalam tempoh dua bulan mengamalkan cara tersebut.

“Sudah tiba masanya saya menjaga kesihatan sebab faktor usia. Kalau dahulu boleh makan nasi lemak tiga bungkus sekarang hanya satu sahaja. Mula-mula memang susah nak amalkan namun sekarang sudah biasa.

Saya juga amalkan senaman ringan berjalan-jalan sekitar kawasan rumah sahaja,” katanya menjawab persoalan penampilan baharunya itu.kepada Msar.

Berkongsi amalan pemakanannya, Adibah berkata dia hanya mengambil enam suapan setiap kali makan untuk mendapatkan bentuk badan seperti sekarang ini.

“Saya jauhkan minuman bergula dan hadkan makan enam suap sahaja setiap kali makan. Selain itu, saya tidak mengambil makanann yang diproses. Sebagai contoh, kalau beli burger di tepi jalan, saya akan cari gerai yang membuat dagingnya sendiri dan bukan telah diproses.

“Dulu Makan Nasi Lemak 3 Bungkus, Sekarang Hanya 1”

Adibah Noor

Meneruskan perkongsian tentang amalan gaya hidup sihat itu, dia akan mencari makanan yang dimasak segar dan tidak menggunakan makanan yang diproses atau dalam tin.

Adibah Noor

Meninjau ruangan komen di hantaran gambar tentang penampilan baharu Adibah Noor, ramai yang bangga tentang penampilan baharunya termasuk rakan-rakan artis. Dan, ada juga yang bertanyakan khabar tentang keadaannya kerana ditakuti badan susut disebabkan sakit.

Mengambil salah satu komen rakan artis, @atiliaharon, dia menulis komen dengan teruja, “wowwww! Maneh nya hang senyum aku suka,” tulisnya demi menyokonng rakan baiknya untuk sentiasa sihat.

Selain itu, komen netizen daripada @sharifahizor juga mendoakan Adibah Noor dalam keadaan baik-baik sahaja. Katanya, “ssalam, you are looking good. Nampak slim sangat. Keep it up. Semoga sentiasa sihat,” katanya.

Semoga Sentiasa Baik Dan Sihat

Adibah Noor

Didoakan supaya pelakon filem Yasmin Ahmad itu sentiasa sihat dan ceria. Dia adalah permata Malaysia yang berharga kerana bakatnya yang besar dan hebat. Teruskan mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa berkarya dengan hebat!

Sumber: Adibah Noor

Baca juga: Makcik Melayu Jual Cakoi Cakap Kantonis, Inilah Sebenarnya Kemanisan Malaysia!

tags: | |