Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Saya Risaukan Anak, Takut Dia Lapar”, Hafiz Mahamad Syukur Ada Abang Datang Offer Susu!

“Saya Risaukan Anak, Takut Dia Lapar”, Hafiz Mahamad Syukur Ada Abang Datang Offer Susu!

Kategori:
Hafiz Mahamad

Semua sudah sedia maklum mengenai keadaan banjir yang mana terdapat banyak kawasan yang dinaiki air dan dalam paras bahaya akibat dari hujan yang berterusan. Dan sejak semalam heboh berkenaan jalan dari Kelantan ke Kuala Lumpur tidak boleh dilalui, kerana kedua-dua jalan untuk menghala ke Kuala Lumpur terjejas.

Terlalu ramai yang terkesan dengan kejadian tersebut. Malah ramai juga yang terpaksa duduk di Masjid atau kedai makan. Begitu juga dengan usahawan yang terkenal iaitu Hafiz Mahamad bersama isteri dan juga anaknya. Mereka sekeluarga tersangkut ditengah-tengah iaitu di Kuala Lipis.

Apa yang lebih membimbangkan buat Hafiz Mahamad pada ketika itu apabila beliau melihat susu dan pampers anak sulungnya sudah hampir habis. Tetapi kuasa Allah, sewaktu dia membuat live ada seorang abang datang offer susu dan seorang wanita offer pampers.

Saya risaukan anak, takut dia lapar…

Saya dari Kelantan ke KL, saya bergerak jam 10:30am tadi. Sampai Kuala Lipis, macam macam berita saya dengar. Orang kata raub jalan banjir & tutup

Saya teruskan perjalanan sebab raub depan tu je, nampak dah kiri kanan rumah semua tenggelam. Hati pun “alamak, risau dah”. Sampai area “Jeruas” saya nampak jalan depan dah stuck, saya nk pusing balik singgah masjid area situ nak jamak sekejap

Habis solat, saya nk patah balik ke Kuala Lipis. Nah, banjir jugak! Menghala ke Raub banjir, Nak patah balik pun banjir. Saya sangkut dekat tengah tengah area “Jeruas”

Check “susu & pampers” anak. Susu tinggal sikit & pampers tinggal 1. Menggelibas lah saya! Cari kedai area situ banyak tutup & tak ada air aduh..

“Saya risaukan anak, takut dia lapar”

Bila malam, saya dh start risau dah tapi mmg tak boleh nak buat apa apa. Turn on live sbb ramai tanya update dari saya, tengah buat live tiba tiba ada akak datang “offer pampers” & ada abang datang “offer susu” Ya Allah!!! Cepatnya Allah bantu

Mereka baik sangat, sampai je KL nnt. Muka akak & abang ni saya takkan lupa. Saya nk jumpa mereka insyaAllah. Harini mereka tolong kita, esok esok kita tlg mereka!

Saya masih di Kuala Lipis lagi. Tidur dalam kereta sbb semua hotel & homestay full. Semoga esok semuanya okay

Siapa yg dari pantai timur nak balik ke KL. Relax dulu, tunggu semua reda baru balik tau. Take care semua!

Hafiz Mahamad berasa syukur sangat dengan pertolongan mereka. Menurut Hafiz, beliau tidak akan melupakan wajah-wajah yang menghulurkan bantuan buat beliau sekeluarga dan berhasrat untuk berjumpa dengan mereka selepas ini.

Sumber: Hafiz Mahamad

 

tags: | |