Setiap peniaga semestinya mahu barangan atau makanan yang dijual laku dan pendapatan tersebut mampu untuk menyara keperluan seharian. Namun, setiap rezeki itu datang daripada Allah SWT dan kita harus percaya dengan rezeki yang diberikan.
Begitulah kisah yang dikongsi oleh seorang pemuda di laman TikTok berkenaan dengan seorang pakcik yang percaya dengan rezeki diawal pagi. Seawal 4.30 pagi Pakcik ini sudah memulakan perniagaan makanan seperti nasi lemak dan kuih-muih.
@arifflubis Yang ada perniagaan kecil sy doakan korang sentiasa tabah waktu PKP ##mco ##pkp ##fyp ##foryou
@arifflubis Yang ada perniagaan kecil sy doakan korang sentiasa tabah waktu PKP #mco #pkp #fyp #foryou
♬ original sound – ☣️TEXAS🤟TOHIR PLAT A – ☣️FOUNDER_2T☣️TEXAS🤝TORS🤟
Menerusi video yang dirakam oleh Ariff Lubis ini, dia telah membeli sebanyak RM30 dan meminta agar peniaga tersebut memberikan secara percuma kepada insan yang memerlukan.
Dalam masa yang sama. Pakcik ini juga sempat memberitahu seawal jam 4.30 pagi sudah keluar rumah untuk membawa makanan yang dijual ke gerai tersebut. Beliau juga turut bersyukur kerana setiap hari kesemua makanan yang dijual di Ayer Keroh, Melaka itu habis terjual.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan pemuda ini yang bersedekah dan mendoakan buat pakcik ini agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: Ariff Lubis