Anda pernah mengalami minyak berbuih setiap kali masak? Lagi-lagi bila masak menggunakan senduk silikon. Persoalannya, adakah minyak yang berbuih boleh membawa mudarat kepada kesihatan? Bagi mengetahui kebenarannya, jangan lupa baca perkongsian ini sehingga habis.
Minyak berbuih disebabkan oleh degradasi struktur molekul yang membentuk minyak atau kontaminasi minyak dengan benda asing (impurities). Apabila dipanaskan, tenaga kinetik molekul-molekul minyak akan bertambah, lalu memaksa penolakan benda asing ini ke permukaan minyak. Keadaan ini lah menyebabkan terbentuknya buih pada minyak.
Kontaminasi dengan bahan asing boleh jadi sedia ada dalam minyak, atau daripada bahan masakan yang digoreng atau peralatan memasak.
Menariknya sesetengah bahan masakan akan menghasilkan buih yang lebih banyak kerana sifat semulajadi pemerangkap udara seperti protein dalam telur. Dan bahan yang bersifat asid (contoh cuka) dan bes (baking soda) kerana tindakbalas bahan-bahan ini dengan minyak dan bahan masakan akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida punca pembentukan buih-buih yang banyak.
Kontaminasi peralatan yang kerap berlaku adalah daripada senduk silikon. Pembentukan buih ini kemungkinan besar disebabkan integriti (susun atur) struktur binaan senduk silikon terganggu dengan suhu panas minyak. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya kualiti silikon itu sendiri tidak tahan tahap kepanasan minyak. Komponen yang membentuk senduk ini bercampur dengan minyak sebagai benda asing, punca terbentuknya buih tadi.
Silikon apabila termakan dalam kuantiti sedikit itu tidaklah boleh menyebabkan mudarat kepada kesihatan. Namun anda boleh mengelakkannya dengan cara yang berikut:
Nota: Minyak yang telah digunakan berulang kali juga akan menjadi lebih likat kerana terperangkapnya lembapan, udara dan komponen masakan seperti kanji, protein dan saponin yang boleh menyebabkan berlakunya buih. Kontaminasi ini juga penyebab lambat dan kurangnya tahap kepanasan minyak. Maka, eloklah minyak ditukar dengan yang baru.
Kredit: Dr Fatimah Salim