Zaman sekarang, lebih-lebih lagi saat dunia sedang dilanda wabak Coronovirus tanpa henti ramai yang mula mengalami pelbagai masalah hidup. Kewangan di dalam bank semakin berkurangan malah ada juga simpanan mereka sudah kosong. Terpaksa melakukan apa sahaja demi meneruskan kelangsungan hidup.
Belum termasuk lagi anak-anak kecil kelaparan kerana tidak mempunyai duit untuk membeli susu dan makanan. Anak-anak yang ke sekolah pula perlu menahan lapar dan bersabar melihat kawan-kawan yang lain sedang menikmati makanan. Teringin nak makan makanan macam kawan-kawan yang lain namun ibu bapa tak mampu bekalkan wang untuk anak-anak kerana kesempitan hidup yang di alami.
Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh anak kepada Puan Ermirza Elly. Sewaktu pulang dari sekolah, anaknya yang bernama Pia sempat bercerita mengenai kawannya yang tidak makan dalam keadaan menangis. Sebelumnya, Pia membawa duit RM10 ke sekolah, namun Puan Ermiza hairan kerana baki yang dibawa pulang tidak cukup RM5.
Rupa-rupanya wang berjumlah RM5 itu diberikan kepada kawannnya. Pia mungkin tidak sanggup melihat kawannya itu yang hanya melihat orang lain makan, dia kemudiannya memberikan wang tersebut dan makan bersama-sama. Menurut Pia, dia memberikan wang tersebut kepada kawannya dan kawannya itu juga sempat mengucapkan terima kasih.
Di akhir video berkenaan, Puan Ermirza sempat memuji sikap baik anaknya itu dan bangga dengannya. Malah dia juga sempat berseloroh mengatakan sepatutnya kawannya itu yang menangis dan bukannya Pia.
@ellyemirza kisah sedih pia g sekolah harini🥺
@ellyemirzakisah sedih pia g sekolah harini🥺♬ bunyi asal – Ziziey Fazrie – user not found
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya terharu dan turut sebak mendengar apa yang diceritakan oleh Pia ini. Ada juga yang memuji ibu bapa Pia kerana didikan ibunda yang banyak memberikan kesan positif kepada anak-anak.
Tidak dinafikan, melihat video tersebut yang berlatarkan muzik yang agak sedih pasti membuatkan orang ramai menitiskan air mata. Mana tidaknya, dalam dunia ini tidak semua orang hidup dalam kesenangan. Jika kita ada rezeki lebih, berbahagilah. Bukankah itu juga tanda kita bersyukur dengan rezeki yang kita dapat?
Kredit: Emirza Elly