Kebersihan makanan merujuk kepada cara pengendalian, penyediaan dan penyimpanan sesebuah makanan itu. Hal ini bertujuan untuk mencegah pelbagai penyakit yang tidak diinginkan yang melibatkan bawaan makanan. Penjagaan makanan sangat penting untuk dalaman seseorang itu.
Baru-baru ini tular di Twitter, terdapat sebuah rumah yang disyaki peniaga makanan membiarkan semua “tupperware” dan bekas makanan yang kotor di luar rumah. Hal ini telah menimbulkan rasa jijik dalam kalangan netizen tentang kebersihan makanan itu.
Menerusi perkongsian seorang pengguna twitter, dia yang sedang jogging di sekitar rumah terkejut melihat keadaan rumah tersebut yang dikelilingi dengan bekas tupperware yang kotor.
Berdasarkan daripada gambar yang dimuat naik, terserlah kekotoran peniaga tersebut kerana membiarkan bekas-bekas kotor itu di halaman rumah. Malah, netizen mengatakan bahawa tempat tersebut dilihat seperti tempat pelupusan sampah.
Gambar diatas telah menimbulkan kemarahan netizen dan mengarahkan supaya membuat report kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Netizen memberitahu bahawa kebanyakan peniaga tepi jalan semuanya berperangai sebegini.
Individu yang berkongsi video ini atau dikenali sebagai Alice bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi kejadian kerana tidak dianggap hanya untuk mengaibkan tuan rumah, namun sebaliknya hanya untuk memberi kesedaran tentang pentingnya kebersihan rumah.
tadi peri jogging lepas tu nampak rumah ni. tak silap aku rumah ni, orgnya berniaga tapi aku tak tau kat mana. is it even legal to feed public the food that cook from this place?
i’m sorry if i singgung anyone, but this must be illegal somehow? pic.twitter.com/Bk1AdFcY8a— °❀⋆Le Poupèe .ೃ࿔*:・ (@1sthisAlice) January 27, 2023
Kesimpulannya, menerusi perkongsian ini kita dapat simpulkan bahawa pentingnya menjaga kebersihan tidak kira dari segi apa pun. Peniaga makanan haruslah cakna tentang kebersihan makanan dan premis kedai masing-masing kerana kebersihan merupakan salah satu aspek penting yang dilihat oleh pelanggan.
Sumber: twitter @1sthisAlice