Hari Asyura merupakan hari yang ke 10 Muharram. Ia merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura ini telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan oleh itulah, orang Islam digalakkan untuk menghormati hari tersebut seperti mana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Selain berpuasa sunat, antara amalan yang sangat digalakkan untuk dilakukan pada hari Asyura adalah menyediakan hidangan terbaik atau teristimewa buat ahli keluarga. Hidangan yang sedap, yang jarang dimakan atau tidak pernah lagi dimakan sebelum ini.
Menurut Ustaz Wadi Anuar menerusi video yang dikongsikan oleh Shact77 di aplikasi TikTok. Sesiapa yang berbuat baik pada ahli keluarganya pada hari Asyura, Allah akan berbuat baik kepadanya sepanjang tahun.
Manakalah sesiapa yang menyediakan hidangan istimewa yang jarang dimakan pada hari-hari biasa, Maka Allah yang Maha Pemurah akan membalas tindakan mulia tersebut dengan cara melapangkan pula rezekinya sepanjang tahun tersebut.
@shact77 10 Muharram | 19 Ogos #ustazwadiannuar
@shact7710 Muharram | 19 Ogos ##ustazwadiannuar♬ Kiss the Rain – Richard Abel
Ya, mungkin tak semua orang mampu untuk keluarkan duit serta belanja makanan yang sedap untuk ahli keluarga. Tambahan pula sekarang kita sedang berhadapan dengan Covid-19. Jadi menurut para Ulama, kita boleh meningkatkan kebaikan akhlak kita pada hari Asyura.
Seperti berbuat baik kepada orang atau pun menolong jiran-jiran. Buat baik ini bukan sahaja mengeluarkan wang ringgit namun menolong apa yang termampu atau yang patut pun sudah dikira baik.
@shact77 Reply to @qlove777 takpe, dengar ni, alternatifnya☺️ #ustazwadiannuar
@shact77Reply to @qlove777 takpe, dengar ni, alternatifnya☺️ ##ustazwadiannuar♬ Kiss the Rain – Richard Abel
Begitu baik Allah SWT, Allah seolah-olah inginkan kita semua masuk syurga. Dan betapa adilnya Allah SWT kerana kita masih boleh menggunakan alternatif lain walaupun kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk belanja makan ahli keluarga. Jadi jangan lupa ya, 19 Ogos 2021 ini. Moga Allah berkati dan permudahkan semua usaha kita.
Sumber: TikTok Shact77