Memang tidak dapat dinafikan hidup berpasangan adalah fitrah manusia. Setiap orang, tidak kira lelaki mahu pun perempuan saat mereka berusia 20 tahun ke atas pasti rasa untuk berumahtangga itu ada. Pastinya sebelum mereka kenal lebih lanjut, akan ada pertemuan kali pertama. Sama ada yang terus datang ke rumah atau pun berjumpa terlebih dahulu di kedai makan atau pun mana-mana restoran.
Pertemuan tersebut adalah untuk mengenali lebih dekat, untuk kenali fizikal. Walaupun kita sudah berborak atau bermesej menerusi aplikasi Whatsapp. Namun perlu juga ada pertemuan kali pertama untuk lebih mengenali si dia dan pastinya selepas pertemuan tersebut kita akan berasa lebih yakin.
Dan pastinya setiap pertemuan, kita ingin akhiri dengan kebahagian dan bukannya perpisahan yang menyedihkan. Namun siapa kita untuk menolak takdir apabila pertemuan kali pertama tidak seperti yang dirancang. Sedih memang ya, namun kita perlu redha dan kuat. Kejadian yang hampir sama berlaku kepada seorang gadis yang dikenali sebagai helomilo saat ‘first date‘ dengan seorang lelaki.
Menerusi video yang dikongsikan oleh gadis ini menerusi aplikasi TikTok, jelas kelihatan ada seorang lelaki di tepi nya. Manakala terdapat 2 pinggan makanan dan juga 2 cawan air. Namun helomilo ditinggal secara tiba-tiba di mana pada mulanya lelaki berkenaan memberitahu untuk mengambil barang dalam kereta.
Namun hampir satu jam menunggu, tiada kelibat lelaki tersebut muncul. Lebih menyedihkan lagi apabila di whatsapp sudah single tick. Manakala instagram pun sudah diblock. Tambah gadis ini di bahagian komen, katanya setiap kali first date dia akan bayar dan kebanyakan lelaki tidak pernah menolak bila gadis ini ingin membayar.
https://www.tiktok.com/@helomilo/video/7056356129407896859?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833
@helomilo Dah sejam tunggu, whatsapp dah single tick, insta dah kena block 😔 #firstdate ♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀
Menjengah ke ruangan komen. pelbagai reaksi dan pendapat dari warganet. Namun rata-ratanya meninggalkan komen yang berbaur motivasi dan meminta gadis ini fikir positif sahaja.
Walaupun begitu, ada juga warga TikTok yang memberitahu ini bukan cara yang betul. Kalau tak suka cakap je. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan mungkin lelaki ini tiada wang untuk membayar makanan yang dipesan.
Didoakan semoga wanita ini diberikan ketabahan. Tak mengapa, kita tak rugi malah lelaki tersebut yang rugi kerana meninggalkan kita. Pesanan buat sang lelaki di luar sana, jika sememangnya anda tidak suka atau mempunyai sebarang masalah, beritahu elok-elok. Masih banyak cara lain yang boleh digunakan selain dari tinggalkan begitu sahaja.
Kredit: TikTok helomilo
Baca juga: Lelaki Tak Pandai Bakar Roti, Kawan Pula Ajar Cara Pelik Buat Warganet Pecah Perut