Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Terkenal Menerusi Program Siri Masakan ‘The Naked Chef’, Ini Sejarah Dan Fakta Menarik Mengenai Chef Jamie Oliver

Terkenal Menerusi Program Siri Masakan ‘The Naked Chef’, Ini Sejarah Dan Fakta Menarik Mengenai Chef Jamie Oliver

Kategori: ,
sejarah hidup Jamie Oliver

Jamie Oliver atau nama sebenarnya adalah Jamie Trevor Oliver merupakan anak kepada Trevor dan Sally. Dilahirkan pada 27 Mei 1975 di Clavering, Essex, England. Ibu bapa Jamie memiliki sebuah pub dan restoran yang dipanggil The Cricketers.

Apabila Jamie berusia 8 tahun, dia mula bekerja di restoran keluarganya. Pada umur 11 tahun Jamie dia sudah pandai memotong sayur-sayuran. Manakala pada usia 14 tahun, pada tahun 1989 Jamir menubuhkan sebuah band Scarlet Division dengan komposer/ahli muzik Leigh Haggerwood.

Bekerja Di Salah Sebuah Restoran Terbaik Itali Di England

Pada usia 16 tahun pula, Jamie mula belajar di Westminster Catering College. Kemudian dia bekerja di Perancis dan mencari ilmu sebanyak mungkin sebelum kembali ke London. Setelah kembali, kerjaya pertamanya adalah bekerja dengan Antonia Carluccio sebagai Ketua Pastry Chef di The Neal Street Restaurant, salah sebuah restoran Itali terbaik di England pada ketika itu.

Di restoran tersebut Jamie bekerja bersama Gennaro Contaldo, yang mana dia menganggapnya sebagai salah seorang mentornya. Selepas berhenti kerja di situ, Jamie beralih pula bekerja di Cafe River yang terkenal di London selama 3 tahun setengah. Di sana, dia banyak belajar mengenai masa dan usaha yang mana mewujudkan makanan yang paling segar dan sempurna.

Bintang Televisyen

Dari bekerja di The River Cafe, ia membawa Jamie ke televisyen. Selepas sehari muncul dalam satu program yang dipanggil Krismas di River Cafe, lima syarikat terbitan menghubungi Jamie bagi membintangi atau membuat rancangan televisyen sendiri.

Kemudian, beliau menerima tawaran dari Optomen Telivision untuk menghasilkan program pertama iaitu The Chef Naked. Tajuk berkenaan adalah maksud kepada resepi beliau yang mudah. Ditayangkan sebanyak 2 siri yang mana turut disiarkan di Amerika Syarikat. Lebih menarik lagi, program masakan tersebut difilemkan pada tahun 1998 dan 1999.

Manakala Jamie’s Kitchen merupakan rancangan televisyen kedua Jamie Oliver. Program yang diterbitkan oleh Channel 4 ini terdiri daripada 15 pemuda dan dia  sebagai mentor. Pada ketika itu kira-kira 1000 orang memohon untuk menyertai program itu.

Jamie mula melatih anak-anak muda ini untuk menjadi tukang masak profesional dan membantu kakitangan di restoran pertamanya iaitu Fifteen. Usaha tersebut adalah bukan untuk mengaut keuntungan. Restoran ini terbuka untuk anak-anak muda belajar dan dalam masa yang sama menjalankan perniagaan.

Mula Melancarkan Program Kebajikan

Tidak lama selepas itu, Jamir Oliver melancarkan program kebajikan, Jamie’s Dinners School. Program yang mempunyai empat siri ini dipertanggungjawabkan kepadanya bagi menjalankan kempen mengenai penukaran makanan kanak-kanak miskin dan memperbaiki sistem makan sekolah. Kempen itu secara langusng juga berkait rapat dengan ikrar kerajaan British yang mana mahu meningkatkan makan di sekolah.

Penulis yang Produktif

Selain dari banyak menulis buku masakannya, Jamie Oliver juga menulis artikel atau beberapa kandungan dalam majalah Saturday Times, editor bulanan Marie Claire (UK) dan juga editor makanan untuk majalah GQ Britain.

Pernah Dianugerahkan MBE

 

Pada tahun 1999, Jamie dan beberapa orang kakitangannya telah di jempur ke 10 Downing Street bagi menyiapkan makan tengahari untuk Perdana Menterian Britain, Tony Blair. Program tersebut adalah untuk menghiburkan perdana Menteri Itali. Pada bulan Jun 2003, Jamie telah dianugerahkan MBE dalam senarai Kehormat Ulang Tahun Queen untuk perkhidmatan Industri Perhotelan.

tags: | |