Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ini Baru Betul Roti Banjir..” Sempat Tebar Roti Canai Walaupun Kedai Banjir

“Ini Baru Betul Roti Banjir..” Sempat Tebar Roti Canai Walaupun Kedai Banjir

Kategori:
Tebar Roti Canai

Seperti yang ramai sudah tahu, banjir mula belanda beberapa buah negeri yang bukan sahaja menyebabkan ramai yang tekandas di jalan raya akibat air melimpah, malah ada juga rumah yang hampir 90% tenggelam. Hal ini amat memberi kesan yang dalam kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

Sempat Tebar Roti Canai Walaupun Kedai Banjir

Ramai peniaga kedai makan tidak terkecuali dari musibah banjir ini, namun hal ini tidak mematahkan semangat mereka untuk teruskan operasi seperti biasa. Seperti dalam video perkongsian oleh MighaPiljah, kelihatan seorang lelaki sedang menebar dan membakar roti canai walaupun kawasan tersebut banjir.

Menerusi video yang berdurasi 30 saat itu, sebuah kedai yang dipercayai beroperasi pada waktu pagi dengan menu utamanya iaitu roti canai. Dilihat seorang lelaki sedang menebar dan membakar roti canai tanpa kelihatan terganggu dengan banjir di kawasan tersebut.

Paras air juga kelihatan sudah mencecah paras betis dan kelihatan beberapa orang rider penghantar makanan sedang menunggu di luar kedai. Lokasi kedai tersebut dipercayai di Kelantan kerana dari segi ‘loghat’ yang digunakan di dalam video tersebut.

Netizen Turut Doakan

Sempat Lagi Tinggal Komen Lucu!

Netizen sempat juga meninggalkan komen yang ‘lucu’ berdasarkan situasi yang berlaku ketika itu.

Sumber: MighaPiljah

tags: