Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Promosi » Sempena Raya Tahun Ini Jack & JILL Keluarkan NIPS KURMA Buat Anda Semua!

Sempena Raya Tahun Ini Jack & JILL Keluarkan NIPS KURMA Buat Anda Semua!

Kategori:

Berita gembira untuk kita semua dikala musim PKP ini, Jack ‘n Jill NIPS meraikan semangat perpaduan yang dikongsi bersama dengan perisa baharu edisi khas. Perisa ini begitu sesuai bagi sambutan Hari Raya atau pun sambutan Ramadan.

Jack ‘n Jill NIPS Kurma baharu ini akan memeriahkan lagi sambutan hari raya dan puasa pada tahun ini dengan rasa coklat berperisa kurma yang enak dimana ia disaluti dengan kolongsong manis berwarna-warni. Alamilah kehebatan coklat berwarna-warni ini dengan gabungan rasa karamel manis dan kurma yang kaya dengan rasa coklat.

Dengan versi kurma ini, kini terdapat lima variasi Jack ‘n Jill NIPS. Dimana empat perisa sebelum ini terdiri daripada pilihan kesukaan ramai iaitu Kacang, Kismis, Kacang & Kismis serta Cookies & Creme.

Untuk melancarkan edisi Jack ‘n Jill NIPS yang  terbaru ini, kempen yang diberi nama We’re All In Eid Together #EidWithNIPS telah dilancarkan.

“Tidak mungkin untuk menutup mata dunia dengan pandemik yang melanda kita pada saat ini. Cuma kami berharap NIPS Kurma dapat membuatkan anda tersenyum ketika anda mencubanya. Kami mahu pelanggan kami terus meraikan hari dan masa bahagia dengan keluarga dekat kerana kita sedang bergabung dengan dunia untuk memerangi wabak ini, ” kata Emmanuel B. Puno, Naib Presiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia dan Singapura.

Dengan NIPS Kurma ini, kami ingin mengembalikan kegembiraan dan gelak tawa masyarakat, terutamanya semasa Hari Raya. Kita perlu tetap menjaga hubungan antara satu sama lain. Biarpun tidak boleh melakukan aktiviti luar bersama kita masih boleh menggunakan telefon. Kami berharap NIPS Kurma dan kempen ini dapat mengingatkan anda semua tentang semua momen manis bagi mengekalkan hubungan antara satu sama lain, ” jelas Puno.

Tambah Puno lagi bahawa coklat ini sangat bagus untuk dikongsi dengan keluarga dan rakan-rakan semasa Hari Raya dan juga Ramadan. NIPS Kurma adalah makanan manis yang mana sesuai untuk dijadikan hidangan semasa perayaan. Dan ianya juga sesuai dijadikan hidangan berbuka puasa bagi umat islam yang menyambut Ramadan tahun ini. Cukup senang untuk berkongsi dengan semua orang dan lebih menyeronokkan bila semua orang boleh merasainya.

 

 

 

tags: