Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Patutlah ‘Viral’, Rupanya Senang Sangat Nak Buat Kuah Yong Tau Fu Lazat! Ini Resepinya..

Patutlah ‘Viral’, Rupanya Senang Sangat Nak Buat Kuah Yong Tau Fu Lazat! Ini Resepinya..

Kategori:
Kuah Yong Tau Fu

Patutlah viral resepi kuah yong tau fu ini. Ramai dah mencuba, memang lazat tak terkata dan sedap kawkaw! Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah. Jom ikuti resepi lengkap perkongsian di bawah.

Resepi Kuah Yong Tau Fu Lazat

Bahan-bahan untuk kuah hitam:

  • 2 sd makan taucu
  • 2 sd makan tepung jgung
  • 2 sd makan tepung gndum
  • 3 sd makan kicap pkat
  • 3 sd makan sos tiram
  • 4-5 sd makan gula
  • 3 cawan air

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dalam pengisar. Kisar sehingga taucu halus. Kemudian masak sehingga mendidih sekejap.

Bahan-bahan untuk kuah merah:

  • 1/2 cawan kacang tanah yang dah di goreng*
  • 1 sd makan tepung gandum*
  • 1 sd makan tepung jagung*
  • 4- 5 sd makan gula*
  • 3 cawan air*
  • 1/4 sd makan garam*
  • 3 sd makan cili blend
  • 2 biji bawang putih ketuk

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan bertanda (*) sehingga kacang halus.
  2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan cili kisar. Tunggu sehingga kering.
  3. Kemudian masukkan semua bahan tadi ke dalam pengisar tadi.
  4. Masak sekejap sehingga kuah agak pekat, dalam minit 5 minit.
  5. Dah boleh makan dengan apa-apa bebola, hotdog, sayur, sotong, kangkung dan lain-lain.
  6. Campur kuah untuk sesuai rasa pedasnya. Tabur bijan sangan dan bawang goreng.

Selamat mencuba!

tags: