Setiap kali balik kerja, pasti dah penat untuk masak. Yang paling malas adalah part nak siapkan bahan masakan tu. Haa, lepasni jangan risau lagi. Dengan alat-alat dapur yang boleh didapati di Daiso ini memang function teruk untuk kegunaan di dapur.
Tapi, risau pening kepala bila ke Daiso nanti? Jom lihat list di bawah ini, nanti tinggal cari je okay.
Sesiapa yg jenis suka minum teh atau kopi serbuk tapi bila nak tuang je takut serbuk masuk cawan, eloklah pakai ni. Comel pun ya juga, haha!
Sesiapa yang baru nak berjinak makan pakai chopstick tapi tak pandai-pandai, eloklah beli benda ni.
Jenis yang makan keropok malas nak ikat balik atau tiada getah, pakai je benda ni senang. Tekapkan je dekat plastik dah siap.
Jenis malas nak kupas atau tak reti potong buah apple atau seangkatannya boleh pakai ni.
Nak masak fries ala2 mcd tapi nak cutting sama, tekapkan je benda alah ni dekat kentang. Masak dan siap.
Malas nak beli ais batu, pakai je ni. Dah cair, bekukan balik. Reuseable.
Lepas masak, minyak tak digunakan tu kalau boleh jangan dibuang kedalam sinki. Letak je oil hardener ni, bila dia keras macam gambar kedua tu kome boleh jual. Dapatlah duit sikit and at the same time, dapat jaga alam sekitar gitu.
Mana yang jenis nak makan telur separuh masak atau suku tapi tak tahu nak agak masa, pakai je benda ni. Rebus sekali dgn telur dalam periuk mendidih, nanti indicator akan bagitahu telur tu dah masak dekat stage mana samada soft, medium atau hard.
Suka buat biskut tapi taktau nak sumbat mana? Beli ni, murah dan besar.
Okay, function teruk kan alat-alat ni? Nanti bila-bila, boleh singgah Daiso untuk shopping barang-barang ni. Semoga bermanfaat!
Kredit: @Yueraliya