Nak kuruskan badan bukanlah sesuatu yang mudah. Pastinya ramai yang ingin memiliki berat badan idaman serta sihat. Namun ianya memerlukan pengorbanan dan semangat yang luar biasa.
Bagi anda yang sedang berjuang atau pun yang baru ingin memulainya, ini ada beberapa senarai barang dapur yang anda boleh jadikan rujukan. Info penting ini telah dikongsikan oleh Adyla Rose di laman facebook. Semoga ianya bermanfaat untuk anda!
Minyak zaitun boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat. Minyak zaitun ni ada banyak jenis. Korang cari yg sesuai utk kegunaan korang k.
Kat label tu ada dinyatakan jenis masakan yg sesuai dgn jenis masakan yg korang nak. Contohnya,
Extra virgin, virgin olive oil – sesuai utk salad, sos dressing (of course u ambil olive oil secara mentah lebih baik)
Pure olive – bakar & grill
Extra light- frying & baking
Olive Pomace Oil – korang kena tau (minyak zaitun jenis ini, kualiti paling rendah)
Semua jenis olive oil ni ada smoke point masing2 ye. So, cara pengambilan (masakan) korang kena alert. Jgn panaskan melebihi smoke point sbb Nanti kualiti @ nutrient tu merosot.
Dalam diet sihat, if nak masak tumis, gunakan teknik tumis ringkas je @ stir fry. Minyak hanya guna sedikit 1 sudu, goreng pada suhu yg rendah, xlebih smoke point & tak terlalu lama & dibiarkan terendam…. Jgn lebih dari smoke point. Kawal suhu. Memang tak masak dengan cara DEEP FRYING.
Nak yang lebih murah boleh guna coconut oil.
Yang jenis ni Skinny Milk comes with less fat tapi rasa tetap sedap. Ni antara susu kegemaran saya.
Susu almond kalori paling rendah 100ml = 39cal ! Tapi of course harga a bit mahal. Selalu susu ni hanya bertahan kurang dari 3 hari jeee sebab sedap sangat! hehe
Green tea untuk meningkatkan metabolisma badan.
If tak suka tea boleh cuba kopi ni, kalori sgt rendah! Make sure minum kopi kosong ye. No sugar.
Kalau nak dressing, supaya meal korang tak hambar boleh pakai brand kewpie. Korang pilih2 la, banyak lagi perisa yg lain. Limit 1 sudu je yeee dlm hidangan korang. xboleh lebih2. apa2 pun yg korang pilih check label dulu kayyy.
Brand Nandos pun okay. Semua sauce2 ni korang jangan ambil berlebihan. Satu sudu jeeeeeee
Ha, yg ni untuk penyedap rasa dalam masakan korang…
Adyla ambil ni setiap hari. 1 sudu je
Kekacang untuk snacking time. Pilih kekacang yang unsalted.
Cara yang disyorkan: Boleh guna cuka epal @ cuka teen. Yg ni diminum pagi setiap hari 5min sebelum ambil meal. If berpuasa, sebelum tido. 1sudu cuka epal + 200ml air sejuk.
Rolled Oat sangat membantu untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah dan membuatkan korang lebih kenyang untuk waktu yang lebih lama.
Kalau boring makan roti boleh beli wrap. Pilih jenis wholegrain & 6 grains
Kalau dah terbiasa dengan roti putih, apa kata tukar kepada roti Canadian purple wheat yang GI lebih rendah (46) , if susah nk cari boleh beli roti wholemeal, GI index 55
If perlukan protein segera, Pilih tuna ( chunks in water)
Untuk jem, Pilih yang tiada campuran gula dan garam
Pelbagaikan menu yg mengandungi karbohidrat contohnya keledek manis. keledek memainkan peranan baik dalam diet sihat dan mampu menurunkan berat badan tapi mesti jaga portion Kay
If teringin makan coklat boleh pilih yg kandungan cocoa 85% ke atas… Korang jangan makan habis satu ni kay. 1 kotak kecil tu jeeeee
Ayam pilih bahagian dada kerana dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein…. korang jangan lupa ambil ikan jugak k. Boleh pelbagaikan
Kredit : Adlyrose