Kelantan boleh dikatakan sebagai syurga makanan bagi pelancong yang suka untuk mencuba pelbagai hidangan menarik dan serba unik.
Bila dah jauh-jauh datang ke Kelantan, pasti kita nak try makanan yang terbaik, bukan? Biasanya yang terbaik itulah yang sentiasa ramai orang.
Tapi anda jangan risau! Penantian anda pasti berbaloi dengan makanan yang anda bakal nikmati setibanya giliran anda nanti.
Jom kita tengok 10 kedai makan popular di Kelantan yang beratur panjang, tapi sangat berbaloi untuk anda cuba.
10 Kedai Makan Popular di Kelantan Yang Wajib Anda Cuba, Berbaloi Untuk Beratur!
10. Kopitiam Kita
Siapa yang tak kenal dengan Kopitiam Kita? Terkenal sebagai antara port sarapan paling popular di Kelantan, ramai yang sanggup datang dari jauh untuk mencuba roti titab di sini. Pagi-pagi dah ramai orang!
Bukan setakat roti titab, malah pelbagai menu sarapan dengan citarasa Pantai Timur dihidangkan di sini seperti nasi tumpang, nasi minyak, laksam, nasi lemak dan nasi dagang.
Tak dilupakan juga aneka kuih muih yang turut menanti pelanggan. Nasi berlauk pun dah ada pagi-pagi. Alamatnya memang kenyang sampai ke petanglah jawabnya!
Alamat : 4357-A Taman Desa Jaya Jalan Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu, Kelantan,
Waktu Operasi : 6.30pg-12.30ptg (Jumaat)
6.30pg-2.30ptg (Sabtu-Selasa)
6.30pg-2.30ptg (Khamis)
Tutup pada setiap hari Rabu
Facebook : Kopitiam Kita RotiTitab EST 2010
9. Maggi Belut Bukit Marak
Mungkin ramai yang belum pernah cuba maggi belut ni, tapi bila sudah sampai ke Kelantan, memang rugi kalau tak rasa sendiri.
Dibuka hingga lewat malam, maggi belut ni memang sesuai untuk dinikmati sebagai hidangan makan malam atau supper. Patutlah ramai, sebab memang padu betul gabungan belut dengan maggi tomyam!
Rasa kuah tomyamnya memang kaw, pekat dan pedas. Belutnya pula sangat segar dan berjus, memang lain dari yang lain!
Kalau tak nak belut, anda juga boleh nikmati maggi tomyam di sini dengan ayam, sotong, udang dan lain-lain. Tapi rugilah kalau tak rasa maggi belut yang jadi hidangan signature di sini, kan?
Alamat : 212, Jln Bukit Marak, 16400 Melor, Kelantan
Waktu Operasi : 2.30 petang – 3.30 pagi
8. Nasi Kerabu Tumis Liniey
Dikatakan sebagai antara nasi kerabu paling power di Kelantan, ramai yang sanggup beratur tak kira hujan atau panas untuk nikmati nasi kerabu ala Golok yang dipadankan dengan sambal tumis.
Pelanggan pasti rambang mata dengan pelbagai pilihan lauk-pauk yang dihidangkan di sini seperti ayam, daging, puyuh serta ikan.
Tapi, hidangan yang paling laris di sini sudah tentu kambing bakar yang memang ngam dimakan bersama nasi kerabu.
Jangan lupa juga untuk letak solok lada sekali!
Alamat : Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : 7.30 pagi – 2.00 petang (dibuka setiap hari)
7. Warisan Nasi Kukus
Bila berada di Kota Bharu, jangan lupa untuk cuba nasi kukus yang paling legend dekat sini iaitu Warisan Nasi Kukus.
Jika anda biasa makan nasi kukus yang dipadankan dengan kuah dan ayam goreng, anda pasti terkejut bila ke Nasi Kukus Warisan.
Mana taknya, bukan setakat ayam goreng bersaiz jumbo, malah terdapat puluhan lauk pauk yang anda boleh padankan bersama nasi kukus.
Yang paling best adalah lauk sambal udang dan sotong yang besar dan segar. Harganya juga sangat berbaloi dengan saiz hidangan yang cukup besar. Patutlah ramai yang sanggup beratur!
Alamat : Jalan Wakaf Mek Zainab 15300 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : 4.30 petang-10.00 malam
Facebook : Warisan Nasi Kukus
6. Selera Tepi Sungai
Dibuka seawal 8.00 pagi hingga lewat malam, restoran Selera Tepi Sungai sangat sesuai untuk anda kunjungi untuk nikmati pelbagai hidangan tak kira masa. Bukan setakat hidangan lauk pauk, malah makanan Western pun ada di sini.
Bagi yang pertama kai berkunjung di sini, kami syorkan anda untuk cuba nasi kerabu pada waktu pagi. Untuk santapan makan tengah hari, anda boleh cuba aneka masakan kampung dengan citarasa asli Kelantan. Lengkap dengan ulam-ulaman tau!
Jangan lupa juga untuk cuba makanan Western yang special di sini seperti Chicken Mushroom Fetuccine Carbonara, Deep Fried Calamari, Mix Platter dan Sirloin Steak. Memang lazat, saiz hidangannya juga cukup besar, berbaloi dengan harga!
Alamat : Lot 667 Jln Machang, Kg Tepi Sungai, 17500 Tanah Merah, Kelantan
Waktu Operasi : 7.00 pagi hingga 11.00 malam.
Facebook : Selera Tepi Sungai
5. Warung Pak Mat Pulau Pisang
Kalau anda nak cuba teh tarik madu paling power di Kelantan, bolehlah ke Warung Pak Mat Pulau Pisang. Kedai Makan popular di Kelantan ni memang sentiasa ramai walaupun menu yang ditawarkan cukup ringkas.
Jangan lupa untuk cuba sendiri sup ikan yang cukup istimewa di sini. Walaupun ringkas, tapi ia boleh buatkan anda teringat sampai bila-bila. Rugi tak cuba!
Alamat : Medan Ikan Bakar Kedai Buloh, Jalan Kuala Besar 15350 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : 7.30 pagi – 4.30 petang (Tutup setiap Selasa)
Facebook : Warung Pak Mat Pulau Pisang
4. Mok Yoh & Pok Kob Gulai Serati & Ayam Kampung
Bila anda berkunjung ke Kelantan, jangan terkejut bila anda dapati banyak hidangan berlauk pada waktu pagi! Orang Pantai Timur memang biasa nikmati nasi berlauk untuk sarapan.
Bagi yang nak cuba masakan tradisi nasi berlauk gaya asli Kelantan, bolehlah ke gerai Mok Yoh & Pok Kob Gulai Serati & Ayam Kampung, salah satu restoran nasi berlauk pagi yang paling popular di Bachok.
Sesuai dengan namanya, anda wajib cuba menu gulai ayam kampong dan gulai serati yang laku keras di sini.
Selain itu, terdapat banyak lagi menu lain yang anda boleh nikmati seperti gulai ikan ayo, ikan bakar, nasi dagang, kuih muih tradisional dan macam-macam lagi. Confirm kenyang sampai menyandar!
Alamat : Lot 1028 KAMPUNG KUBANG GOLOK 16300 Bachok, Kelantan
Waktu Operasi : 7.00 pagi-1.00 tengah hari
Facebook : Mok Yoh & Pok Kob Gulai Serati & Ayam Kampung
3. Kedarotippaye Kuala Krai (Kedai Roti Tempayan)
Menyajikan antara roti tempayan yang asli dan terbaik di Kelantan, anda wajib cuba roti tempayan yang beraroma dan sangat lembut di Kedarotippaye Kuala Krai.
Yang membuatkan roti tempayan ini istimewa adalah cara pembuatannya yang cukup unik menggunakan resepi tradisi turun-temurun.
Antara roti tempayan yang anda wajib cuba di sini adalah roti tempayan biasa, roti tempayan garlic, dan roti tempayan cheese.
Memang enak bila dimakan bersama pelbagai aneka kari seperti kari daging, kari kambing dan kari kepala ikan style Kelantan yang pekat dan menyelerakan.
Kalau teringin yang manis, pesanlah roti tempayan cheese nutella di sini, confirm tak menyesal!
Selain roti tempayan, anda juga berpeluang untuk nikmati makanan ala mamak seperti nasi kandar, roti canai dan murtabak. Memang best!
Alamat : PT5827, Belakang Pasaraya Pantai Timor, Jalan Kuala Krai-Gua Musang 18000 Kuala Krai, Kelantan
Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam
Facebook : Kedarotippaye Kuala Krai – Roti Tempayan, Naan Cheese
2. KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
Bagi penggemar ikan bakar, jangan lupa singgah ke KST Ikan Bakar bila berkunjung ke Kelantan. Turut dikenali sebagai Raja Ikan Bakar, restoran ini cukup terkenal dengan aneka sambal dan ulam-ulaman untuk dinikmati bersama ikan bakar yang enak dan segar.
Jangan lupa untuk pesan sekali sotong goreng tepungnya yang cukup padu! Kalau teringin pencuci mulut, pesanlah aneka bingsu yang laku keras di sini seperti bingsu tembikai atau bingsu manga.
Jarang boleh jumpa restoran ikan bakar yang sediakan menu bingsu. Memang berbaloi untuk beratur lama!
Alamat : Lot 1214, Sek 6, 2, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu, Kelantan
Waktu Operasi : 4.00 petang-12 tengah malam
Facebook : KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
1. Suwarin Jinda
Bila anda rasa sendiri makanan di Suwarin Jinda, barulah anda faham kenapa kedai makan popular di Kelantan ini sentiasa ramai orang. Di sini, anda boleh cuba aneka hidangan colek berasaskan ramuan segar seperti makanan laut, cucuk-cucuk dan colek perut campur.
Tidak hanya menawarkan menu colek, malah restoran ini juga popular dengan sajian Thailand autentik seperti Miang Pla Pao (ikan bakar garam), somtam goreng, roti bangkok, dan Pla Muek Yang (sotong bakar sumbat).
Jangan lepaskan peluang juga untuk nikmati shellout, daging harimau menangis dan perut bulat bakar yang cukup istimewa di sini.
Bukan itu saja, ada macam-macam set hidangan yang anda boleh kongsi bersama rakan dan keluarga seperti Set King Suwarin, Shellout Thai, Miang King, dan Set Mukbang yang sangat menyelerakan.
Tengok sajalah seafood segar dan daging bakar yang disajikan. Siapa yang tak tergoda?
Jika bernasib baik, anda juga berpeluang untuk nikmati Giant Oyster yang diimport khas dari Thailand dan udang galah yang sering jadi rebutan pelanggan.
Alamat : Lot 553, Jalan Kuala Besar, Kg Buluh, 15300 Kota Bharu, Kelantan
Hari Operasi : Buka setiap hari kecuali Ahad dan Isnin
Waktu Operasi : 4.00 PM – 12.00AM
Facebook : Suwarin Jinda Café
Sedapnya makanan yang ada dekat Kelantan! Kalau kena beratur beberapa minit pun apa salahnya? Bukan selalu boleh datang ke sini, bukan?
Lagipun, makanan yang anda bakal nikmati di restoran-restoran ini memang cukup berbaloi! Rugi kalau tak cuba. Jangan lupa untuk masukkan senarai kedai makan popular ni untuk kunjungan anda ke Kelantan nanti. Jom serbu!