Peti ais merupakan perkakasan penting yang wajib ada di setiap rumah. Segala jenis makanan akan di simpan di dalam peti ais tersebut tidak kira sama ada barangan lama atau barangan baru. Barangan basah mahu pun barangan kering. Dan kebanyakan daripada kita apabila sayang hendak membuang makanan yang tidak habis pasti akan menyimpannya dalam peti ais terlebih dahulu.
Kemudian apabila sudah tidak elok untuk dimakan, baru di buang. Itu pun kalau di buang, ada juga yang menyimpannya berbulan-bulan. Apabila mak mertua ke rumah pasti mereka terkejut apabila melihat stok makanan yang sudah berkurun lama masih tersimpan dalam peti ais.
Jadi apa kata manfaatkan hujung minggu anda atau waktu free anda dengan mengemas peti ais. Periksa stok makanan mana tidak elok untuk digunakan dan yang mana patut di buang. Sebenarnya barangan yang menyebabkan peti ais tersebut bagaikan muzium adalah kerana ada barangan yang sudah lama tetapi masih tersimpan kemas di dalam peti ais.
MAYONIS
Mayonis hanya boleh di simpan sehingga tamat tarikh luput sahaja. Selepas itu anda boleh buang atau habiskan sebelum tamat tarikh luputnya.
SUSU
Setelah susu dibuka, ianya hanya boleh disimpan selama 3 hari di dalam peti ais dan 3 jam di luar. Sekiranya anda minum juga ia boleh menyebabkan anda keracunan. Jadi buang la mengikut masa ketetapannya.
MENTEGA
Bagi mentega pula ianya hanya boleh di simpan selama 2 minggu di dalam peti ais. Setelah cukup dua minggu, sekiranya masih ada di dalam peti ais anda boleh buang sahaja. Tak perlu penuhkan dan simpan di dalam peti lagi.
AYAM MENTAH
Ayam mentah ini pula hanya boleh di simpan selama 2 hari melainkan ayam tersebut dibekukkan.
DAGING YANG DIMASAK
Daging yang dimasak pula boleh di simpan selama 5 hari di dalam peti ais manakala daging mentah hanya boleh di simpan 3-5 hari di peti ais bawah.
IKAN MENTAH
Ikan mentah, tidak kiralah ikan talapia, ikan kembung atau apa-apa. Sekiranya ikan tersebut ikan mentah ianya boleh di simpan selama 2 hari kecuali di tempat sejuk beku.
BUAHAN
Sekiranya buahan yang anda simpan sudah berbau atau pun busuk, itu petanda buah tersebut sudah boleh dibuang.
KEJU
Bagi yang menyimpan keju buanglah setelah ia berkulat. Tak perlu simpan sehingga ulat dah beranak pinak.
Semoga anda semua mengambil tindakan yang sewajarnya. Jagalah kebersihan dan pastikan peti ais di rumah anda sentiasa kemas dan teratur. Tak perlu menyimpan terlalu banyak barangan. Barulah hidup sihat dan bahagia.
Sumber: Public Health Malaysia