Rupa paras yang ayu dan jelita dengan senyuman yang sangat manis seorang peniaga mendapat perhatian orang ramai di media sosial.
Wanita yang ayu dan jelita tersebut mesra dipanggil, kak long dan berniaga di Gerai Nasi Berlauk Malaya iaitu di, Taman Puchong Permai, Puchong, Selangor.
Bertambah cantik lagi wanita tersebut dengan berbaju kurung kedah rona kuning, dipadankan lagi dengan tudung hitam dan anting-anting. Kelihatan tersenyum gembira melayan pelanggan.
“Hi Kak Long. Nasi dagang ya? Ada lauk apa ya?” soal seorang pelanggan lelaki menerusi video di laman TikTok Puchong Viral.
Menerusi video tersebut, Kak Long kelihatan tersenyum manis sambil menunjukkan beberapa lauk kepada pelanggan tersebut.
Dia juga sempat menegur pelanggan berkenaan yang leka merakam wajahnya sehingga terlupa untuk menghalakan kamera ke arah lauk-lauk yang sedang ditunjukkan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji rupa paras peniaga itu dan turut berjenaka tentang pelanggan lelaki berkenaan yang seolah-olah ‘mabuk cinta’ ketika sedang membeli makanan.
“Amboi bang sampai tak nampak ikan tongkol tu.
“Kita yang perempuan tengok pun dah terpegun dengan senyuman sis ni, apa lagi orang lelaki. Memang cantik la senyuman sis ni.
“Confirm abang terpaku dengan senyuman akak ni kan?” tulis beberapa netizen.
@puchongviral 📍 NASI BERLAUK MALAYA 📍 Jalan Puchong Permai 2, Taman Puchong Permai, 47100 Puchong, Selangor BUKA SETIAP HARI 7am – 11am Nasi Dagang, Nasi putih dan berbagai lauk. #Puchong #foodie #food #nasidagang #sambalpetai #ikantongkol #itik #puchongpermai #puchongperdana #puchongintan #puchongprima #makananviral #puchongutama #puchongfood
@puchongviral 📍 NASI BERLAUK MALAYA 📍 Jalan Puchong Permai 2, Taman Puchong Permai, 47100 Puchong, Selangor BUKA SETIAP HARI 7am – 11am Nasi Dagang, Nasi putih dan berbagai lauk. #Puchong #foodie #food #nasidagang #sambalpetai #ikantongkol #itik #puchongpermai #puchongperdana #puchongintan #puchongprima #makananviral #puchongutama #puchongfood ♬ original sound – PuchongViral
Semoga perniagaannya dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok @PuchongViral