Hari kelahiran adalah benda bermakna untuk semua anak-anak di dunia ini kerana pada waktu itulah semua orang akan tertumpu kepadanya. Walhal kita orang yang dewasa ini pun rasa tidak sabar setiap kali hari ulang tahun kelahiran kita sendiri.
Namun, paling ditakuti jika ada benda yang kurang enak berlaku pada hari itu. Seperti di dalam video ini di mana seorang budak perempuan menari di langsir deko hari lahir, namun ada kejadian yang berlaku. Salah siapa?
Kejadian yang ditunjukkan di dalam video ini dikongsi oleh dhiaasnim di laman media sosial beliau. Di mana seorang budak perempuan sedang menari di kawasan langsir deko.
Ketika beliau sedang menari, terus jatuh langsir di kawasan itu dan hempap di kawasan deko tempat letak kek tersebut.
Beliau berjalan perlahan-lahan ke arah langsir putih di belakang deko kek itu dan menari dengan perlahan-lahan di kawasan itu.
Pada waktu itu, tiada siapa yang memerhatikan beliau kerana mungkin sedang sibuk dengan kerja mereka atau tidak perasan anak kecil itu.
Walaubagaimanapun, nasi sudah menjadi bubur apabila langsir itu telah hempap di atas dekorasi ulang tahun tersebut. Tidak pasti jika kek ulang tahun itu masih ada disitu namun dekorasi yang lain boleh dilihat juga jatuh.
Siapa yang bersalah dalam hal ini?
Adakah dekorasi yang dipasang tidak di pasang dengan betul? Atau salah ibu bapa kanak-kanak ini yang tidak memantaunya.
Menerusi di ruangan komen, ramai warganet berdebat di antara satu sama lain mengatakan siapa yang salah kerana masing-masing mempunyai pendapat masing-masing.
Namun kita sebagai seorang netizen, tidak perlulah mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya. Perkara sudah terjadi dan haruslah sedar sendiri siapa yang salah.
Sebagai ibu bapa haruslah sentiasa perhatikan anak-anak anda ketika berada di majlis. Kepada yang memasang dekorasi juga, haruslah sentiasa semak semula tempat yang anda memasang itu.
Kredit: dhiaasnim