Serunding merupakan sejenis masakan yang dibuat dengan rempah dan dimasak sehingga kering, dan kadangkala berminyak (terutama serunding daging) agar tahan lama. Ia dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama. Antara serunding yang biasa adalah Serunding Daging, Ayam, Ikan, Udang dan Ikan Bilis. Ia adalah hidangan yang lazim pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Masyarakat Melayu selalu membuat serunding terutama apabila banyak daging qurban (Hari Raya Haji). Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas, lemang dan lain lain.

 

Resepi Serunding Dahlia’s Kitchen

Bahan bahan kisar ( Blend )

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 6 Ulas Bawang Kecil
  • 6 Ulas Bawang Putih
  • 15-20 Batang Cili Kering ( citarasa masing2 )
  • 3 Biji Buah Keras
  • 2 Sudu Makan Ketumbar
  • 2 Sudu Makan Jintan Halus

Bahan bahan lain

  • 2 Biji Kelapa Parut ( dibuang kulit hitam nya )
  • 5 Helai Daun Limau ( digunting citarasa masing2 )
  • 1 Helai Daun Kunyit ( digunting citarasa masing2 )
  • Segenggam Kecil Asam Jawa ( diramas bersama 1 1/2 Cawan Air )
  • 5 Sudu Makan Gula
  • Garam Secukup Rasa

*Optional pada sesiapa yg nak letak daging. Daging Cincang segenggam atau Daging Goreng $2/- ( dihiris halus ) masukkan ketika menumis.

Cara cara membuat

  • Goreng kelapa parut tanpa minyak selama 20 minit
  • Selepas itu tumis bahan kisar, masukan air asam dan masukan daun limau dan daun kunyit, garam dan gula
  • Kemudian masukan kelapa parut, kacau kacau sehingga kering

Kredit: Dahlia’s Kitchen

Selamat Mencuba…
Cuba Jangan Tak Cuba Kalau Tak Cuba Tak Tahu…
Ihklas Dari Saya Manfaat Untuk Semua…

4/5 (1 Review)
(This post has been visited 3 times!)