Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Cover Sewa Pun Tak Lepas..”, Peniaga Kesal Pengunjung Sedikit, Tak Sangka Penganjur Promosikan Begini

“Cover Sewa Pun Tak Lepas..”, Peniaga Kesal Pengunjung Sedikit, Tak Sangka Penganjur Promosikan Begini

Kategori:
peniaga kesal pengunjung sedikit

Biasanya bagi peniaga kecil, mengambil keputusan untuk menyertai apa-apa event atau majlis yang dianjurkan oleh sesuatu organisasi adalah satu keputusan yang berbelah bahagi. Ini kerana, beberapa event yang dianjurkan sekarang dinampakkan lebih kuah daripada sudu.

Ia bermaksud, janji manis penganjur terkadang tidak benar sama sekali. Penganjur hanya mengenakan harga sewa, tetapi pada hari kejadian, pengujung tidak ramai seperti yang dijanjikan atau disangka.

“Cover Sewa Pun Tak Lepas..”, Peniaga Kesal Pengunjung Sedikit, Tak Sangka Penganjur Promosikan Begini

peniaga kesal pengunjung sedikit

Tetapi apakan daya, nasib harus dicuba untuk mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup. Seperti kisah tular yang dikongsikan oleh seorang vendor atau peniaga di acara sebuah pasar raya, dia meluahkan rasa sedih dan kesal kerana apa yang dijanjikan penganjur terjadi sebaliknya.

Menurut video berkenaan, marketing atau pemasaran yang dilakukan oleh penganjur seperti acuh tak acuh. Dengan ketiadaan pengujung dan aktiviti yang tidak disertai ramai orang, ia memberi impak besar kepada vendor yang menyertai dan membayar sewa di situ.

“Bayar sewa vendor mahal. Tapi mall tiada orang, jualan tak laku. Kalau nak promote vendor, bantulah peniaga. Kata full aktiviti, tapi aktiviti pun rupanya tak ramai.

“Apa yang terjual pun tak cover sewa. Tengok vendor lain pun sama. Kasihan. Maskot dan busker pun letih tunggu pengunjung.

“Ni jualan dari hari pertama, macam tak gerak pun..”, luahnya dalam video peniaga kesal pengunjung sedikit.

peniaga kesal pengunjung sedikit

Ketika ditanya tentang promosi event oleh netizen, peniaga tersebut menyatakan bahawa penganjur dilihat hanya lebih mempromosikan penganjuran event di dalam pasar raya sahaja. Mungkin antara sebab orang luar tidak tahu keberadaan event tersebut.

“Dorang umum dekat dalam mall sahaja. Orang mall sahaja dengar. Tapi tu lah orang dalam mall pun boleh dikira berapa orang,” katanya lagi.

Baginya, mungkin dia tiada rezeki di tempat berkenaan dan akan mencubanya di tempat lain pula.

“Tak apalah, bukan rezeki dekat sini. Thank you penganjur,” katanya.

peniaga kesal pengunjung sedikit

Umum Event Dalam Mall Sahaja, Orang Ramai Tak Tahu

@mujida_musa Takpalah. Bukan rezeki kat sini. Thank u penganjur 😇 #myfoodie #tiktokbake #tiktokmalaysia #smallbusinesscheck ♬ original sound – Nadya Mahdi

Meninjau ruangan komen, ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman sama menyertai platform perniagaan vendor yang sebegini rupa. Ramai antara mereka mendapat nasib yang sama seperti diceritakan di video tersebut.

“Saya pernah join downtown. Dekat FB kemain dorang promote gambar macam ramai orang. Sekali gi sana hari gaji pun hambar. Nasib baik tak jadi lagi,” kata seorang netizen lain berkongsi pengalaman.

“Itu perkara biasa, kadang-kadang penganjur yang untung,” tulis netizen bernama Brozack memberi pendapat tentang kisah peniaga kesal pengunjung sedikit.

“Kadang-kadang event mall tak promote langsung dekat luar. Orang sebelah rumah pun tak tahu,” komen netizen lain.

Nasib Sama Dikongsi Netizen Lain

peniaga kesal pengunjung sedikit

Melalui kisah peniaga kesal pengunjung sedikit apabila menyertai event sebagai vendor ini, sememangnya pihak penganjur sememangnya memainkan peranan penting untuk promosikan event agar ramai yang tahu akan kelangsungan ini. Duit sewa vendor dah bayar, jadi harus ada usaha oleh penganjur apabila pengujung kelihatann tidak ramai.

Sumber: Mujida Musa

Baca juga: Tiga Beradik Umur 20-An Usaha Jual Cendawan Tiram, Raih Hampir RM10,000 Sebulan

tags: | |