Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Shenzhen Bandar Pertama Di China Larang Penduduk Makan Daging Kucing, Anjing Dan Haiwan Liar

Shenzhen Bandar Pertama Di China Larang Penduduk Makan Daging Kucing, Anjing Dan Haiwan Liar

Kategori: ,
Larang Penduduk Makan Daging Kucing

Seperti yang kita tahu, China sudah perlahan-lahan pulih dari wabak pandemik Covid-19. Pesakit di China ramai yang sudah sembuh dan perintah berkurung juga telah berakhir.

Namun, yang menjadi kebimbangan di seluruh dunia adalah jika rakyat di China kembali memakan daging haiwan eksotik itu.

Larang penduduk makan daging kucing, anjing dan haiwan liar

Tetapi berita baiknya, sebuah bandar di China iaitu bandar Shenzhen telah membuat perintah larangan memakan daging anjing, kucing dan haiwan liar. Satu tindakan yang bagus!

Belajar dari kesilapan lepas

Menurut laporan dari BBC News, Shenzhen merupakan bandar pertama di China yang melarang penjualan atau penggunakan daging haiwan hidupan liar disebabkan oleh wabak pandemik Covid-19.

Seperti yang anda semua dimaklumkan, wabak Covid-19 ini dipercayai berkait dengan daging haiwan hidupan liar. Sebab itu, Shenzhen mengambil langkah untuk mengharamkannya. Anjing dan kucing juga termasuk dalam larangan itu.

Larangan ini akan bermula pada 1 Mei 2020. Humane Society International berkata, 30 juta anjing dibunuh setiap hari untuk membekalkan daging anjing di seluruh asia.

Ini adalah satu langkah yang besar dari kerajaan Shenzhen. Kami sangat menyokong langkah ini dan mengharapkan seluruh negara China turut mengikut langkah bandar Shenzhen ini!

 

Sumber: KLFoodie

 

tags: |