Membawa anak-anak ke restoran atau kedai makan bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak cabaran yang perlu dihadap dan para ibu bapa juga perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. Lebih-lebih lagi jika mempunyai anak yang ramai dan masih kecil. Ragam kanak-kanak ini kadangkala tak terjangka. Ada yang bakal meragam dan ada juga yang berkelakuan aneh.
Mungkin disebabkan itulah ada segelintir ibu bapa yang lebih gemar makan di rumah. Penat nak melayan gelagat anak-anak ini sebenarnya. Itu belum termasuk lagi tiba-tiba termuntah di restoran atau kedai makan orang. Menjadi satu hal pula nak bersihkan semua. Kalau berada di rumah sendiri tak kisah nak muntah ke nak berak ke.
Berkenaan dengan muntah di restoran ini, terbaharu seorang lelaki, Daus Aircond sempat memuat naik sebuah video menerusi aplikasi TikTok. Di mana pada ketika itu, dia bersama dengan empat anaknya yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran makanan segera iaitu McDonalds.
Ketika tiga orang anak perempuannya sedang asyik menjamu hidangan tiba-tiba anak lelakinya termuntah. Memang cepat sekali kejadian tersebut. Malah laju dan kelihatan banyak air keluar, seperti air mengalir pula. Pasti sudah terbayang kan betapa renyahnya untuk mencuci muntah berkenaan. Ekoran kejadian itu, ia telah membuatkan Daus ini pening kepala.
https://www.tiktok.com/@dausaircondjohor/video/7063473771390291227?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7052514222143800833
@dausaircondjohor♬ original sound – RANDOM POST
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai maklum balas dan reaksi dari warga TikTok. Ada yang memahami apa yang para ibu bapa ini rasakan saat berlaku kejadian seperti. Namun ada juga yang berasa kasihan kepada si kakak kerana terkena muntah tersebut. Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi kejadian tersebut turut berlaku kepada anaknya. Kalau tersedak ke batuk sikit ke terus memancut keluar.
Di samping itu, ada juga yang sangka itu adalah air milo dan samakannya denga kuah laksa yang baru sahaja di makan. Malah pelbagai lagi perkongsian para ibu berkenaan dengan apa yang berlaku kepada anak-anak mereka.
Kalau ibu bapa dah boleh agak macam mana atau apa yang bakal berlaku apabila anak-anak makan di luar, seeloknya bawalah barangan atau peralatan seperti tisu basah, kain pengelap, baju lebih dan apa-apa barangan yang boleh digunakan apabila anak-anak termuntah.
Kredit: TikTok Daus Aircond