Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Luluhnya Hati Tengok Si Ibu Jual Kelapa Tepi Jalan Dalam Keadaan Hujan Bersama Anak-Anaknya Yang Masih Kecil!

Luluhnya Hati Tengok Si Ibu Jual Kelapa Tepi Jalan Dalam Keadaan Hujan Bersama Anak-Anaknya Yang Masih Kecil!

Kategori:
jual kelapa dengan anak-anak

Semakin hari semakin banyak hal yang tak munasabah terjadi. Sudah hampir setahun warga dunia terpaksa berjaga-jaga dengan Covid-19 ini. Covid-19 membuatkan dunia kita jatuh sejatuhnya. Rakyat hilang pekerjaan dan semakin sukar untuk teruskan hidup. Disebabkan oleh itu, ramai yang terpaksa bekerja atau melakukan hal yang luar biasa bagi menyara kehidupan seharian.

Seperti kisah yang dikongsikan oleh Salahuddinyusuf Ibnayubbi di laman facebook. Kisah tersebut berkenaan dengan Si ibu sedang menjual kelapa di tepi jalan sambil memegang payung untuk melindungi 3 anak kecilnya yang kehujanan.

Manakala dalam masa yang sama Si ayah pula membetulkan bambu panjang yang digunakannya untuk mengait kelapa muda. Mereka akan mengait kelapa yang tumbuh terbiar di tepi jalan dan menjualnya untuk keperluan kehidupan.

Beliau memberhentikan kereta serta merta…

Menurut Salahuddinyusuf Ibnayubbi, keadaan tersebut terlihat di tepi jalan semasa beliau dalam perjalanan menuju ke lokasi agihan bantuan. Melihat situasi yang menyedihkan itu memaksa beliau memberhentikan kereta serta merta dan menghulurkan beberapa barangan dapur

Kerana tidak sampai hati melihat anak-anak kecilnya berhujan duduk di tepi jalan. Beliau membeli kesemua kelapa yang dijual oleh Si ibu tadi.

Tiada yang namanya kebetulan di dunia ini…

Tiada yang namanya kebetulan di dunia ini. Semua berlaku dengan izin dan kehendak Nya. Pasti ada hikmahnya.
Si ibu memegang payung untuk melindungi 3 anak kecilnya yang kehujanan, Si ayah pula membetulkan bambu panjang yang digunakannya untuk mengait kelapa muda. Ini situasi yang saya terlihat di tepi jalan semasa dalam perjalanan menuju ke lokasi agihan bantuan.
Kereta saya hentikan serta merta!! Tak fikir banyak, langsung buka bonet capai 10kg beras, sekotak telur & barang dapur lainnya untuk diberi pada keluarga ini. Mujur ada lebih.
Buat apa sini kak?
Kelapa ni jual ka?
Tinggal mana?
Tanya kami kerana ingin tahu. Si ayah belum dapat bekerja sebab PKPB. Mereka mengait kelapa yang tumbuh terbiar di tepi jalan untuk dijual. Pastinya untuk membeli keperluan kehidupan.
Tak sampai hati tengok anak-anak kecilnya berhujan duduk di tepi jalan. “Kak, saya beli semua ni pastu kakak dan budak-budak terus balik rumah ya… Jangan di sini lagi, hujan.” ia ia saja kata si ibu. Simpati sebenarnya.
Andai kalian dipertemukan dengan insan-insan seperti ini, belilah hasil jualan mereka. Walaupun ianya mungkin bukanlah keperluan kita. Niatkan saja untuk membantu. Kita buat supaya mereka bisa pulang awal ke rumah untuk berehat. Bolehkan.
Jadilah alasan orang lain tersenyum.
With LOVE

– Salahuddinyusuf Ibnayubbi

Itulah kisah kehidupan yang terpaksa di lalui oleh sesetengah orang. Segala keperitan terpaksa dilalui bagi meneruskan kehidupan. Jadi seandainya kalian dipertemukan dengan insan-insan seperti ini, belilah hasil jualan mereka. Jika tidak mampu, hulurkanlah bantuan semampu yang boleh. Buatlah orang lain bahagia nanti kita pun akan turut bahagia.

Kredit: Facebook Salahuddinyusuf Ibnayubbi

tags: |