Mempunyai zuriat selepas berkahwin merupakan impian setiap pasangan. Cahaya mata adalah pengikat kasih sayang antara suami isteri. Namun begitu, kadangkala ia juga akan mengundang masalah apabila jarak antara anak dilahirkan itu terlalu dekat.
Seperti mana yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat mengenai kisah duka berkenaan dengan pesakitnya. Pesakit wanita tersebut sudah dua bulan tidak didatangi period, pesakit berkenaan kemudian mengambil ubat bagi melancarkan haid namun gagal.
“Period saya dah tak datang 2 bulan. Then saya pegi pharmacy, mintak ubat untuk turunkan period. Lepas makan ubat tu pun period tak datang-datang”
“Period awak sebelum ni camne?”
“Memang datang setiap bulan, cuma 2 bulan yang lepas ni takda langsung. Tu saya risau terus pegi pharmacy. Pharmacist bagi ubat”
“Bagi saya tengok apa ubatnya”
“Tak bawak Dr, da abes pun”
“Nama ubat. Awak ingat?”
“Pun tak ingat”
Selepas melakukan urine test, wanita berkenaan disahkan hamil. Bukannya sengaja namun ibu ini sebenarnya tidak bersedia untuk memiliki zuriat lagi.
Walaupun dia dapat merasai dirinya hamil, namun dia tetap mengambil ubat berkenaan dan berharap kandungan tersebut gugur.
“Ok tkpe. Awak pegi kencing dulu dalam bekas ni. Saya nak check urine dulu”
UPT POSITIVE ( Mengandung )
“Awak tahu tak awak mengandung sebenarnya?”
Lama dia diam membisu
“Awak cite kat saya dari mula, saya nak bantu awak. Jangan selindung-selindung”
“Saya dapat rasa saya mengandung. Tapi saya taknak check UPT. Anak saya baru 6 bulan Dr”
“Saya pergi farmasi mintak ubat turunkan period, dengan harapan keluarlah sekali baby ni”
Dengan air mata yang berlinangan, dia bercerita kepada Dr Izzat yang suaminya tidak bekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. Lagi pula dia sudah mempunyai 5 orang. Yang paling bongsu baru berusia 6 bulan.
Wanita ini pula mengambil uPah cuci dan bersihkan rumah orang. Oleh sebab itu, dia berhasrat untuk menggugurkan kandungan berkenaan.
Air matanya berlinangan
“Suami saya tak kerja PKP ni, anak saya ada 5 orang. Yang kecik ni 6 bulan. Saya amek upah cuci dan bersihkan rumah orang. Duit tak cukup Dr”
Ada sebab kenapa saya hari-hari tekankan untuk merancang keluarga betol-betol.
Disebabkan tekanan hidup memandangkan negara kita sedang berhadapan dengan wabak Covid-19, mungkin itulah penyebab dia berbuat demikian. Apa pun, zuriat ini adalah rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan. Setiap zuriat yang dilahirkan pasti sudah ada rezeki buatnya.
Sumber: Facebook Dr Muhammad Izzat
Baca juga: HB Sentiasa Cantik, Tak Pernah ‘Low’. Wanita Ini Kongsi Tips Pemakanan Buat Ibu Mengandung