Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Siakap Stim Taucu, Sedap Tak Boleh Bawa Bincang

Siakap Stim Taucu, Sedap Tak Boleh Bawa Bincang

Kategori:

Siakap Stim Taucu, inspirasi masakan Cina yang sihat dan cukup menyenangkan ramai. Letak je semua bahan, kukus seketika and then dah siap. Mudah kan?

Bila nak masak guna resepi ni wajib ada taucu yang bagi rasa lemak dan masin. Kiranya, taucu menjadi rencah dan penyedap rasa kepada ikan siakap.

Pastikan guna ikan siakap yang fresh dan anda boleh menikmati menu sihat yang sedap. Selamat mencuba.

Resepi Siakap Stim Taucu Sihat

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 sudu besar taucu
  • 1 batang serai
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • 2 potong hirisan limau nipis

Bahan hiasan:

  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan cili merah
  • Daun ketumbar

Cara Penyediaan:

  1. Gaulkan ikan bersama taucu.
  2. Taburkan bahan yang dihiris halus. (kecuali tomato dan daun ketumbar)
  3. Kukus dalam pengukus selama 15 minit.
  4. Kemudian masukkan tomato dan daun ketumbar/ daun sup.
  5. Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
  6. Nota: Berhati-hati ketika memasukkan garam, taucu sudah mempunyaI rasa masin yang kuat.

Baca juga: Asyik Buat 3 Rasa Je, Jom Buat Ikan Siakap Masak Tomyam Ala Kedai Thai Pulak!

tags: |