Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Rupa-Rupanya Ada Sebab Lelaki Yang Selalu Tersenyum Ini Rajin Ke Dapur, “Time Tu, Arwah Ayah….”.

Rupa-Rupanya Ada Sebab Lelaki Yang Selalu Tersenyum Ini Rajin Ke Dapur, “Time Tu, Arwah Ayah….”.

Kategori:
kenali siapa Mohd Shafiq ini

Mungkin ramai di antara kita yang sudah mengenali Mohd Shafiq ini. Seorang lelaki yang sering memasak dalam keadaan tersenyum seperti Chef Burak Ozdemir. Sepanjang rakaman memasak, pastinya senyuman sentiasa terukir di bibir.

Mungkin disebabkan hal tersebut, setiap perkongsian Mohd Shafiq dalam group MATJHI pastinya mendapat respon yang tinggi dari ahli group tersebut. Sememangnya ramai yang terhibur dengan gelagat anak muda ini. Tidak dinafikan bukan mudah untuk memasak sambil tersenyum memanjang seperti itu.

Menurut Mingguan Wanita, Mohd Shafiq atau nama penuhnya adalah Mohd Shafiq Bin Zulkarnain ini merupakan Pegawai Forensik DNA. Kerjayanya sememangnya bukan calang-calang. Tugasannya itu memerlukan dia menganalisis DNA profiling.

Mesti anda tertanya-tanya, siapa yang mendorong anak muda ini sehingga begitu handal dalam dunia masakan. Pelbagai jenis masakan yang sudah dikongsi olehnya, termasuklah tips-tips berguna yang boleh diikuti oleh rakyat Malaysia.

Arwah ayah sakit, mak perlu bekerja…

Menurut Mohd Shafiq, dia minat memasak apa jua menu. Minat memasak itu datang sejak dia kecil lagi. Sewaktu kecil, arwah ayahnya sakit dan emaknya pula bekerja. Oleh sebab itu, emaknya ajar Mohd Shafiq ini memasak.

Mak dah ajar saya. Masak sikit, sebab bulan puasa. Mak dah sediakan bahan-bahan, saya cuma memasak je.

Akuinya masakan pertama yang pernah dimasak olehnya adalah Kari Ayam. Apa yang lebih membanggakan lagi adalah apabila emaknya memuji masakan tersebut. Sejak itulah dia belajar lagi malah apabila tiba hari raya, Mohd Shafiq juga akan menyediakan juadah kuih raya untuk mereka sekeluarga. Sehingga hari ini rutin tersebut diteruskan.

Akui anak kedua daripada enam adik beradik ini lagi, ibunya selalu memberikan galakan untuknya. Lagi-lagi dia sedar yang ibunya bekerja. Suka atau tidak, memang dia perlu memasak sendiri di rumah. Dalam masa yang sama Mohd Shafiq juga menjaga adik-adik.

Bila stress atau bosan, Mohd Shafiq akan memasak…

Apabila dia menghadapi tekanan pastinya memasak adalah pilihannya. Bagi dia kemahiran memasak itu diperoleh daripada ibunya dan selebihnya usaha sendiri. Tambahnya lagi, dia tidak masuk mana-mana kelas masakan.

Biasanya saya akan study sendiri dan ubah suai ikut keperluan saya. Cuba jadi kreatif dengan gunakan bahan apa yang ada dekat rumah. Asal boleh je. Tu cara saya.”

Pantang nampak kamera, mesti nak senyum…

Tidak dinafikan hampir semua gambar milik Mohd Shafiq dalam keadaan senyum. Menurut Mohd Shafiq, memang dia suka selfie. Pantang nampak kamera, saya mesti senyum. Termasuklah video. Kemudian kenyit-kenyit. Itu memang sifat semulajadi anak muda yang masih bujang ini dan bukan dibuat-buat.

Kredit: Mingguan Wanita, Mohd Shafiq

Baca juga : Sering Tampil Dengan Senyuman Setiap Kali Memasak, Ini Dia 10 Fakta Mengejutkan Tentang Chef Terkenal Burak Ozdemir

tags: | |