Sewaktu membeli barang, antara servis yang disediakan oleh penjual adalah pembayaran melalui atas talian dan juga pembayaran sewaktu penghantaran atau pun lebih dikenali dengan nama COD (Cash On Delivery). Servis COD ini semakin banyak digunakan oleh para peniaga.
Jika sebelum ini hanya penjual makanan yang banyak menggunakan servis ini namun kini tidak lagi. Selain perniagaan lain aplikasi Shopee juga turut menggunakan servis ini. Walaupun ramai yang gemar menggunakan servis ini namun banyak risiko yang buruk bakal terjadi.
Berkenaan dengan servis COD ini ada satu kejadian yang dikongsikan oleh Faris Bakri menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan ragam pelanggan yang membeli barang. Ragam pelanggan yang mana telah membuka barang namun tidak membuat pembayaran telah menimbulkan kemarahan abang-abang J&T ini.
Menerusi video tersebut, jelas kelihatan abang J&T ini sangat marah dengan situasi yang dihadapi dan sempat mencaci sambil memegang susu kambing. Siapa je yang tidak marah apabila barangan tersebut bukan milik diri sendiri namun terpaksa bertanggungjawab dan harus ganti rugi.
https://www.tiktok.com/@farisbakri10/video/7049929476922199323?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274
@farisbakri10 Inilah dugaan bila Customer perangai macam Bab*. #perangaicamhanat #susukambing #ngembekk ♬ original sound – abdulfarisbakri
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok. Namun rata-ratanya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh lelaki ini. Kerana ada dalam kalangan warganet yang pernah menghadapi situasi yang lebih kurang sama. Selain diri sendiri, suami dan kawan-kawan juga pernah terkena.
Malah ada juga warga TikTok yang menyatakan COD ini tidak relevan kerana rammai pelanggan yang banyak mempermainkannya. Tidak kurang juga ada yang menasihatkan jangan aniaya orang. Kalau diri sendiri yang buat pesanan apabila barang sampai bahaya sahaja. Jangan banyak berdalih.
Di samping itu ada juga warga TikTok yang mungkin kenalan kepada lelaki ini berfikir ia adalah promote semata-mata. Namun melihat kepada jawapannya adalah dia bukan promote susu tersebut namun dipaksa beli. Isterinya pula tidak mahu susu kambing berkenaan.
Buat pelanggan di luar sana, janganlah bersikap sebegini. Kalau betul kita yang pesan dan sudah pun membuka barangan tersebut, bayar sahaja. Jangan pula kita lepaskan bebanan atau kesusahan kepada orang lain. Jangan susahkan orang lain kalau kita sendiri tak nak susah. Okay?
Kredit: TikTok Abdul Faris Bakri ‘
Baca juga: Penghantar Makanan Gigih Redah Banjir Hantar Order Pelanggan Buat Warganet Sebak!