Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sapa maso keno gi smaye”, Cara & Sikap Tauke Cina Kilang Minyak Masak Ini Buat Ramai Orang Kagum

“Sapa maso keno gi smaye”, Cara & Sikap Tauke Cina Kilang Minyak Masak Ini Buat Ramai Orang Kagum

Kategori:
tauke cina kilang minyak masak

Di negeri Kelantan memang terkenal dengan kaum Cina yang sangat fasih berbahasa Melayu. Sehinggakan ramai yang tidak menyangka bahawa mereka ini berbangsa Cina. Hal tersebut adalah kerana kefasihannya bercakap bahasa Melayu dan disertai dengan dialek Kelantan yang bagus lagi.

Terbaharu, viral sebuah video dari UPKN Kelantan di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang tauke Cina yang menjalankan perniagaan minyak masak.

Apa yang menarik perhatian warga TikTok adalah apabila pengusaha minyak masak berjenama 303 itu sangat menitikberatkan soal agama. Walaupun Gan Leong Piow berbangsa Cina dan bukan beragama Islam, beliau tetap menyeru agar pekerjanya menjaga solat.

Malah setiap tahun, beliau akan mengadakan solat hajat. Bukan itu sahaja, pekerja di kilang minyak masak berkenaan juga terdiri daripada warga tempatan dan orang Melayu.

@upknkelantanCina Kelate ##klatecomel ##tiktokguru ##kelantan ##malaysiaprihatin ##fyp♬ original sound – UPKN Kelantan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok berasa kagum dan memuji sikap baik tauke Cina itu. Dalam masa yang sama ada juga yang turut bercerita mengenai bos Cina mereka yang bersikap baik seperti ini.

Respect dekat cina Kelantan dan Terengganu..

Cina Kelantan mostly respect agama..

Respect boss macam ni..

Menurut Gan juga, walaupun dia berbangsa Cina dia tetap percayakan tuhan dan setiap kali waktu solat, pekerjanya harus menunaikan solat. Semoga sikap dan caranya ini dapat menjadi inspirasi kepada orang lain juga.

Sumber: TikTok UPKN Kelantan

tags: |