Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Boleh Ke Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari? Ini Penjelasan UAI Mengenai Hal Tersebut

Boleh Ke Simpan Daging Korban Lebih 3 Hari? Ini Penjelasan UAI Mengenai Hal Tersebut

Kategori: ,

Hari Raya Korban atau juga dikenali dengan Hari Raya AidilAdha sudah hampir tiba. Apa yang di maksudkan dengan hari raya korban sebenarnya? Hari raya korban ini adalah hari memperingati peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim A.S untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S sebagai tanda ketaatannya kepada Allah SWT.

Namun Allah SWT telah menggantikan bahan sembelihan itu kepada kambing biri-biri atau kibas. Dan Allah SWT mengarahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelih kibas tersebut.

Hari raya korban ini disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia pada hari ke-10,ke-11 dan ke-12 bulan Zulhijjah. Ia merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri.

Baru-baru ini Ustaz Azhar Idrus ada memuat naik soalan dan jawapan berkenaan dengan simpan daging korban lebih 3 hari. Soalannya yang berbunyi adakah harus kita simpan daging korban lebih dari tiga hari kerana ada dengar orang yang kata tidak boleh?

Terlalu banyak persoalan yang timbul berkenaan dengan hal tersebut. Mungkin sudah ada yang tahu dan ada juga yang masih tertanya-tanya berkenaan hal tersebut. Jadi ini dia jawapan Ustaz Azhar Idrus berkenaan dengan soalan tersebut.

Hukum menyimpan daging korban oleh peserta korban adalah harus samada kurang dari tiga hari atau lebih.
Begitu juga orang yang menerima sumbangan daging korban boleh menyimpannya atau memakannya samada orang miskin atau lainnya.
Diriwayatkan dari Buraidah r.a. berkata :
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم كنت نهيتكم عن لحوم الأضاحي فوق ثلاثة لتسع ذوو الطول على من لا طول له فكلوا ما بدالكم وأطعموا وادخروا
Artinya : “Dulu aku melarang kamu sekelian simpan daging korban lebih dari tiga hari supaya meluaskan untuk orang yang miskin akan tetapi sekarang ini makanlah bahagian kamu dan berilah orang makan dan simpanlah.” (Hadith Imam Muslim & Ahmad)
Yang afdhal ialah dimakan dengan segera akan daging korban kerana memakan daging korban itu adalah ibadah maka lebih cepat adalah lebih elok.
Akan tetapi harus hukumnya tuan korban menyimpan daging korban untuk dimakan pada masa yang dia kehendaki.
Ada pun daging yang akan dihadiahkan kepada saudara mara dan sahabat handai afdhal dia bahagikan dengan segera.
Dan daging yang hendak disedekahkan kepada orang miskin adalah tidak afdhal disimpan jika wujud orang miskin yang memerlukannya.
Oleh kerana itulah jika dia hendak menyimpan daging korban hendaklah disimpan akan bahagian dirinya sahaja.
Berkata Imam Nawawi :
وإذا أراد الادخار، فالمستحب أن يكون من نصيب الاكل، لا من نصيب الصدقة والهدية
Artinya : “Dan apabila seorang itu hendak menyimpan daging korban maka yang disunatkan ialah dari bahagian dirinya bukan daripada bahagian sedekah dan hadiah.” (Kitab Raudah At-Talibin)
KESIMPULAN
Tujuan utama menyembelih korban ialah memakan dagingnya dan memberi orang lain makan.
Yang afdhal ialah makan daging korban dengan segera begitu juga yang afdhal ialah bersedekah dengan segara kerana makan dan sedekah daging korban itu termasuk ibadah yang afdhal disegerakannya.
Akan tetapi jika peserta korban hendak makannya pada masa yang lain maka harus ia menyimpannya walau pun lebih dari tiga hari daripada daging bahagian dirinya bukan menyimpan bahagian sedekah dan hadiah.
Wallahua’lam.
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus
tags: | |