Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Siti Nurhaliza Berhajat Untuk Niaga Kuih Depan Rumah Pada Bulan Ramadan Ini, Rindu Nak Berniaga Macam Dulu-Dulu

Siti Nurhaliza Berhajat Untuk Niaga Kuih Depan Rumah Pada Bulan Ramadan Ini, Rindu Nak Berniaga Macam Dulu-Dulu

Kategori: ,
Siti Nurhaliza

Penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai panggilan Siti dahulunya merupakan seorang penjual kuih ketika menolong ibunya berniaga.

Siti Nurhaliza

Siti berkata, dahulu, pada hujung minggu dia akan membawa kuih-muih ke pekan sehari dan menjualnya di sana, termasuklah mengelilingi berek polis dengan bakul jualan kuih untuk membantu ibu menambah pendapatan keluarga.

Siti Nurhaliza Berhajat Untuk Niaga Kuih Depan Rumah Pada Bulan Ramadan Depan, Rindu Nak Berniaga Macam Dulu-Dulu

Terbaharu, Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, berkata, dia ada meminta izin daripada suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa, namun tiada jawapan diberikan.

Saya ada beritahu suami, nak berniaga, nak jual kuih depan rumah bulan Ramadan ini.

Siti Nurhaliza

“Bolehlah cari duit poket. Pembantu rumah saya pun pandai buat kuih, dapat lah isi masa lapang. Seronok tau berniaga.

Tapi suami hanya berlalu pergi dengan seribu pertanyaan,” kata Siti kepada peminat-peminatnya.

Datuk K Cakap Lebih Baik Sedekah

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza berkongsi mengenai perkara itu ketika membuat sesi siaran langsung di TikTok, baru-baru ini.

Kata pelantun lagu Purnama Merindu itu lagi, suaminya mencadangkan untuk dia bersedekah sahaja kuih-muih tersebut.

“Suami kata lebih baik sedekah, bagi dekat orang je kuih yang saya buat itu. Saya jawab la, yang sedekah lain yang berniaga lain,” ceritanya lagi.

Sebelum ini, Siti pernah berkongsi cerita sewaktu zaman kecil yang mana dia selalu membantu ibunya berniaga kuih di kampung.

Sumber: Siti Nurhaliza / Oh Bulan

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Kisah Rumah Terbakar Tapi Dendeng Khairul Aming Masih Selamat, Ceritanya Jadi Bualan Ramai

tags: |