Ayam goreng Mcd memang membuatkan kita jatuh cinta dan ramai peminatnya. Dari dulu hingga kini, ianya masih lagi laris. Walau bagaimanapun, tanpa perisa atau menu yang baru adalah sedikit membosankan. Oleh sebab itu McDonald’s membuat menu baru iaitu sos cili manis yang dimakan bersama ayam goreng. Ianya pasti mendapat sambutan ramai.
Nikmati kerangupan Ayam Goreng McD biasa dengan rasa pedas sos cili manis baharu. Ini pasti akan menjadi kegemaran ramai! Ramuan unik yang pasti memberi rasa baru kepada ayam goreng. Orang ramai boleh dapatkan mulai 24 April, ianya datang bersama promosi “Indahnya Ramadhan” McDonald.
Manjakan diri anda di bulan Ramadhan ini dengan makanan yang enak. Walaupun raya tahun ini mungkin tidak dapat disambut seperti tahun-tahun sebelum ini, ia tidak menghalang kita untuk makan makanan yang enak kan? Tinggal di rumah dan jangan kelaparan! Kita bertahan sama-sama!
Sumber : KL Foodie