Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Buat Sendiri Je Sos Cili Thai, Sos Lada Hitam & Mayonis. Memang Sedap & Jimat Habis

Buat Sendiri Je Sos Cili Thai, Sos Lada Hitam & Mayonis. Memang Sedap & Jimat Habis

Kategori:
Sos Cili Thai

Pasti ada dalam kalangan kita yang setiap kali ke pasaraya untuk beli stok makanan, berkira-kira untuk membeli dengan jumlah yang banyak. Mana tidaknya, harga makanan sekarang boleh tahan mahal juga.

Kalau anda betul-betul mahu berjimat, boleh cuba buat sendiri beberapa jenis makanan. Sebagai contoh sos cili, sos lada hitam dan mayonis. Seorang pengguna di Facebook berkongsikan resepi buat anda yang mahu cuba buat sendiri di rumah.

“Mayonis,sos lada hitam,sos chili thai smuanya sy buat sendiri..jimat!!..lgi2 klu buat tuk berniaga ni smua nk save…buat sndiri terjamin kebersihannya kn!..dpt pujiannn..sdp dan kekal kn rasanya!!..aminnn…x perlu beli lgi. Klu nk kuantiti yg bnyk gndakan je ye resepinye ni ye kwn2..

Kuantiti resepi yg sy share ni x bnyk..mayonis dan sos chili ,boleh thn dlm sbulan klu simpn dlm aisbox dgn penyimpanan yg betul….black papper sy x pasti..sy berniaga jdi x sempat simpan lama..dh hbis! sy akn buat lgi 3 jenis sos tu..seminggu 2 kli sy buat kuantiti seperti dlm pic tu…cuba sikit dulu..klu ok! baru buat bnyk ye kwn2..tq..”

Resepi Mayonis

Bahan-bahan:

  • Telur 4 biji (yang belum dimasak, amik putih dan kuning telur sekali ye)
  • Gula 4 sudu besar
  • Garam satu sudu besar
  • Lemon separuh biji (air perahan lemon. kalau x de, boleh gantikan dengan sesudu besar @ lebih cuka makan)
  • Minyak masak 2 cawan/minyak jagung (kalau untuk makan sendiri sy lebih syorkn guna minyak jagung, elakkan dari mayo tu membeku.)

     

Cara-cara:

  1. Masukkn smuanya kecuali minyak dn blend..blend sebati baru masukkn minyak sdikit2 sampai habis dan blend hingga putih likat.
  2. Kemudian, masakkn dengan api yang paling kecik kacau hingga pekat (sentiasa kacau, jangan sampai mendidih pulak ye!
  3. ikut pekat yg kite mahu je..dh sejuk blend kn utk dptkn tekstur yg halus..siap!!

Resepi Sos Blackpepper

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar lada hitam direndam selama 4 jam (kalau nak rasa lebih pedas boleh lebihkan ye) diblend dengan air rendaman tu sekali
  • Tepung gndum 3 sudu besar( isi lebih klu nak lebih pekat)
  • 1 biji bawang holland dicincang/blend
  • Kiub ayam seketul (boleh lebihkan klu nak)
  • Air secawan (lebihkan pun boleh)
  • 3 sudu besar butter/majerin
  • Sos lada hitam 2 sudu besar (x de pun x pe)
  • Sos tiram 2 sudu besar (klu x nak isi pun x pe)
  • Kicap 2 sudu utk wrne (x isi pun x pe)

Cara-cara:

  1. Cairkn butter/majerin.
  2. Masukkan bawang dan lada hitam sehingga naik bau. dan masukkn tepung. Kacau2 hingga sebati, masukkan air dan kiub ayam, sos
  3. Kemudian kicap utk warna yang kita mahu. Masukkan gula jika mahu. Garam dan serbuk perasa. Masak hingga kepekatan yang kita nak. Siap!

Resepi Sos Cili Thai

Bahan-bahan:

  • Lada besar 10biji (buang biji)
  • Lada kecil merah 5 biji (klu nk pds boleh lebihkan)
  • Bawang putih 3 @ 5 ulas
  • Gula secawan (boleh lebih dan kurangkan jika mahu)
  • Tepung jagung 3 sudu atau lebih (untuk memekatkan bancuh bersama sedikit air)
  • Garam sedikit (ikut citarasa)
  • Cuka 2 sudu besar (nak rasa masam boleh lebihkan)
  • Air 4 cawan

Cara-cara:

  1. Lada dikisar dengan bawang putih.
  2. Masukkan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  3. Masukkan gula, sebatikan. Kemudian cuka dan garam tadi (boleh lebihkan) dan bancuhan tepung jagung (kalau nak pekat lagi, tambahkan tepung jagung). Kacau laju-laju jangan sampai berketul. Sentiasa kacau hingga jadi berkilat dan kepekatan serta kemanisan mengikut yang kita nak.
  4. Siap.

Kredit: Aiezan Shaarie

tags: | | |