Resepi soto ayam ini memang lain dari lain. Kerana kuahnya yang pekat kaya dengan rasa rempah, bukan macam kuah soto sup biasa yang biasa orang buat. Resepi ini dikongsikan oleh Ezah Hazreen di laman Facebook.
Resepi Soto Ayam Kuah Pekat Rasa Rempah
Bahan-bahan:
-Isi Ayam ( Saya pakai Bahagian Isi sahaja)
-Bawang Besar /Bawang Holland 2 Biji **
-Bawang Kecil 5-6biji **
-Bawang Putih 5 Ulas **
-Halia 1 inci **
-Kunyit Hidup (saya pakai Serbuk Kunyit je) **
-Serai ( Ketuk)
Kisar Semua Bahan Bertanda ( ** )
-Perencah Kurma 2 paket Kecil
-Perencah Sup 1 paket kecil
-Sup Bunjut Tulang
-Kiub Ayam Knorr
-Sup Bunjut dengan Kawan2, Dalam Paket ni ada Skali kawan2 dia
Bahan2 Cili Kicap :-
-Bawang Putih
-Cili Burung( Hijau dan Merah, Merah jangan banyak sangat sebab pedas ?)
-Kicap Jalen Lemak Manis
-Gula 2 Sudu
-Sedikit garam
Bihun Keropok Soto :
-Bihun ( Tak perlu Basuh biarkan Keras je)
-minyak
Cara-cara:
- Tumis Kawan2 dengan Minyak dulu.
- Kemudian masukkan Bahan Kisar Tadi dengan Serai yang Di Ketuk. Tumis sampai Pecah Minyak.
- Kemudian masukkan Rempah sup + Kurma tadi, boleh tambah air kalau takut hangus, masak sampai pecah minyak sikit.
- Lepas Dah pecah Minyak, masukkan isi ayam dan Masak Ayam smpai Kecut.
- Bila ayam dah Kecut masukkan Air dan Sup Bunjut tadi, air Boleh Laraskan ikut Masing2, Nk pekat atau Cair sikit. Sis suka So so je xpekat xcair.
- Kuah dah Mengelegak Masukkan Kiub Ayam, saya Pakai 2 Kiub ayam, Masak sampai isi ayam tadi Betul2 masak.
- Keluarkan Isi ayam dari Kuah, biarkan sejuk sekejap lepas tu Carik isi ayam tu. Panggil suami yang tengah Tengok Tv tu tolong Carik.
- Boleh perasakan Kuah dengan Garam /Gula /Ajinomoto /Cukup Rasa. Sis guna Garam dan Gula je. Boleh tambah air kalau nak. Lepas Rasa dah ngam dengan Tekak boleh tutup api. Kuah siap!
- Goreng kejap Cili dan Bawang Putih Guna Kuali Legend. Hati2 ye sebab Masa Goreng ada letup2 sikit.
- Lepas tu Kisar semua Bahan2 tadi. Cili Kicap Pedas siap!
- Panaskan Minyak dalam Kuali sampai Betul2 Panas, Masukkan Bihun sedikit dia akan kembang Macam Keropok, beberapa saat je jgan lama2 nnt Hangus. Keropok Siap!
Ni Accessories Simple untuk Soto Ayam
Boleh jugak tambah Begedil
-Nasi Impit
-Taugeh
-Isi Ayam ( Carik)
-Kacang Tanah (Goreng)
-Daun sup
Selamat mencuba!
Kredit resepi: Ezah Hazreen