Ramai yang menggemari hidangan sotong kembang bukan? Hidangan ini biasanya dimasak sebagai sambal tumis yang sedap bila dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih. Tetapi, cara menyediakannya agak leceh buat mereka yang pertama kali memasaknya.
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, Norliza Liza mengenai hidangan ini telah membuatkan ramai warganet geli hati.
Mana tidaknya, sambal tumis sotong kembang yang pertama kali dimasak tidak menjadi seperti yang diharapkan. Apabila periuk dibuka, hanya tinggal ‘tulang’ manakala sotong ‘hilang’ entah ke mana.
1st time selama hidup tak pernah beli masak sendiri. Hari ni semangat akak nak masak sambal sotong kembang…
Haritu masa beli nasi lemak, abang yangg jual sambal sotong ni cakap masuk kejap dalam periuk tekanan tinggi…baru la lembut gebu jer..
Akak semangat cuci dan masukkan dalam periuk nak bagi lembut..
Sambil² masak sambal…wahhh…bau sotong kembang menusuk hidung. Dalam hati mesti nanti masuk dalam sambal sedap nie..Alih² bila buka periuk akak pun nak keluarkan sotong…
Ehhhhh mana pergi sotong nie…sambal dah elok masak…sotong ni nyorokk.. Tak puas hati akak tuang jer kat dalam sinki..
Nahhhhh…suprise. tinggal seperti dalam gambar jer..
Rupa²nya akak salah setting periuk…tertekan untuk daging… Selalu setting daging jer..hari ni ambik…tinggal tu je nak masuk dalam sambal sebelanga.. Nasib sotong dah hancur lebur…dapat bau jer..
Perkongsian tersebut telah mendapat 12 ribu tanda suka dan telah dibanjiri hampir 2.8 ribu komen yang rata-rata terhibur dengan kejadian ‘sedih’ yang berlaku itu.
Sumber: Norliza Liza