Spaghetti Carbonara yang menggunakan sos carbonara mushroom dari Prego.

Spaghetti Carbonara ini duibahsuai mengikut selera orang kita. Ianya mudah dan cepat disediakan. Bahan-bahannya pun mudah didapati.

Menu ini sangat sesuai dihidangkan untuk kanak-kanak, atau di majlis keramaian seperti party hari jadi untuk kepelbagaian hidangan kerana rasanya yg berlemak dan tidak pedas.

Bahan-bahan untuk kuah :

  • Sedikit minyak zaitun
  • ½ biji bawang Holland
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 batang sosej
  • Capsicum merah dan hijau
  • 1 mangkuk udang
  • Black pepper
  • Cendawan
  • Sos carbonara Prego
  • Susu full cream
  • 1 keping keju cheddar
  • Italian herbs kering
  • Daun parsley

Bahan-bahan untuk spaghetti :

  • Air secukupnya
  • 1 paket spaghetti, 500g
  • Sedikit garam
  • Minyak zaitun

Cara menyediakan Kuah Carbonara :

  • Potong bahan-bahan seperti Bawang holland, Bawang putih, Capsicum, Sosej, Cendawan dan Daun parsley untuk membuat kuah.
  • Panaskan minyak zaitun, tumis bahan yang telah dipotong dan masukkan udang dan masak sehingga warna udang bertukar merah.
  • Masukkan sos carbonara dan susu full cream.
  • Masukkan kepingan keju dan sedikit italian herbs.
  • Masak sehingga mendidih.

Cara menyediakan Spaghetti :

  • Rebus air sehingga mendidih dan masukkan spaghetti dan rebus sehingga lembut.
  • Tapiskan air rebusan sehingga kering dan tuang sedikit minyak zaitun.

Boleh tonton video ini untuk keterangan lebih lanjut…

Selamat mencuba !!!

Kredit : CheNom

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 3 times!)