Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home ยป Berita ยป Staff Tak Perasan Bahan Ada Bau Lipas, Peniaga Khalta Redha Tanggung Kerugian Yang Besar

Staff Tak Perasan Bahan Ada Bau Lipas, Peniaga Khalta Redha Tanggung Kerugian Yang Besar

Kategori:
peniaga khalta rugi besar

Tidak dinafikan menjadi peniaga bukanlah sesuatu yang mudah. Memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang cukup luar biasa. Tidak kiralah apa yang korang niagakan.

Jiwa kena kuat kerana tidak selalu perniagaan kita akan laris dan dapat keuntungan. Adat perniagaan ada rugi dan ada untung. Tanya sahaja mana-mana ahli perniagaan yang berjaya di luar sana, apakah usaha dan ujian yang mereka tempuhi untuk berjaya.

Kadangkala Allah uji dengan kerugian yang amat besar. Bukan saja-saja Allah uji tau, pasti akan ada sebab dan hikmahnya. Namun tatkala korang hadapi kerugian, jangan terus jatuh. Bangkit dan lawanlah ujian dan dugaan tersebut dengan tabah dan redha.

Bahan Ada Bau Lipas, Peniaga Khalta Berderai Air Mata Terpaksa Buang Semua Dan Alami Kerugian Yang Besar

Seperti mana video yang dikongsikan oleh peniaga Khalta yang dikenali dengan nama _sitimariamzainon menerusi aplikasi TikTok berkisarkan tentang kejadian yang membuatkan dia mengalami kerugian yang besar.

Berderai air mata apabila kesemua Khalta yang dibuat pada hari tersebut terpaksa dibuang begitu sahaja kerana salah satu bahannya iaitu Habatulsauda berbau lipas. Menurut Siti Mariam, habatulsauda tersebut baru sahaja dibuka namun tiba-tiba ada bau lipas.

Bahan tersebut diambil daripada supplier dan kemungkinan habatulsauda tersebut sudah lama. Tidak perasan sewaktu mula menyediakan Khalta sehinggalah sudah selesai membungkus berbotol-botol khalta baru pekerjanya perasan akan bau lipas tersebut.

Melihat video tersebut, terasa sangat kerugian yang dialami. Mana tidaknya, kacang-kacang yang mahal terpaksa dibuang begitu sahaja. Kekacang seperti badam, gajus dan biji labu bukanlah murah.

Malah menurut Siti Mariam lagi, bila mengenangkan kos madu yang telah digunakan dan terpaksa dibuang itu boleh berderai air mata. Katanya, pejam mata sahaja demi kesihatan pengguna.

@_sitimariamzainon

Bila kita kehilangan atau kerugian percaya la mesti allah nak bg ganti kan dengan sesuati yg lebih baik ๐Ÿฅฐ

โ™ฌ original sound – SM ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช – SM ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช

@_sitimariamzainonBila kita kehilangan atau kerugian percaya la mesti allah nak bg ganti kan dengan sesuati yg lebih baik ๐Ÿฅฐโ™ฌ original sound – SM ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ช

Terima kasih sebab prihatin..

Menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang meninggalkan komen mengucapkan terima kasih sebab prihatin dan sentiasa jaga kualiti.

Mengenangkan kekacang tersebut terpaksa dibuang begitu sahaja ada warga TikTok yang menulis, dia akan basuh kacang-kacang tu dan masukkan balik ke dalam oven. Namun peniaga ini menjawab dia geli, terngiang-ngiang bau lipas.

Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang melimpah ruah..

Dalam masa yang sama, ramai juga yang mendoakan Siti Mariam agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah memandangkan dia sangat jujur dalam berniaga.

Terima kasih buat peniaga Khalta ini kerana jujur dalam berniaga. Sanggup alami kerugian yang kemungkinan agar besar demi memastikan kualiti dan kesihatan pelanggan.

Tidak mengapa akak, pasti akan ada rezeki dan ganjaran yang Allah berikan nanti. Tabahlah, setiap ujian pasti akan ada nikmatnya. Korang yang teringin nak rasa Khalta Siti Mariam ini, bolehlah beli. Banyak sangat khasiatnya tau.

Sumber: TikTokย _sitimariamzainon

Baca juga: โ€œTak Rimas Ke..โ€ Wanita Selamba Makan Walau Dikerumuni Lalat Buat Netizen Hairan

tags: | |