Untuk peminat minuman Starbucks di luar sana, pastinya korang tertunggu-tunggu apakah minuman baharu edisi musim panas atau Starbucks Edisi All-New Summer kali ini kan?
Pastinya, Starbucks tidak mengecewakan korang semua apabila mereka memperkenalkan minuman berwarna-warni yang menarik minat sesiapa sahaja melihatnya. Apatah lagi merasanya!
Minuman edisi ‘summer’ kali ini mengajak penikmatnya untuk bersama-sama meneroka dunia yang luas dengan kenikmatan tanpa batas, sesuai dengan tema minuman ‘summer’ yang menunjukkan warna dan rasa yang pelbagai.
Jom lihat senarai minuman Edisi All-New Summer yang diperkenalkan kali ini:
Minuman ini menggabungkan rasa mangga dan buah naga yang segar. DIgabungkan pula dengan lemonade segar dan ais. Di atasnya, terdapat potongan buah naga dan mangga. Memang sesuai diminum pada musim panas ini.
Dengan warna magenta yang menarik, minuman Starbucks ini menyajikan kombinasi buah mangga manis dan jus buah naga dan susu kelapa sehingga menghasilkan rasa krim lembut dan ringan. Semestinya menyentuh citarasa manis tropika.
Jom minum minuman karamel madu yang sedap dengan gabungan Honeycomb Salted Caramel Oatmilk Frappucino. Semestinya penikmat karamel harus mencuba minuman ini. Dengan taburan madu di atas whipping cream, ia memberi rasa yang sedap dengan pengalaman yang unik!
Bukan Starbucks lah kalau tak ada koleksi merchandise yang best kan? Jadi untuk edisi kali ini, mereka memperkenalkan merchandise Starbucks Shining Pastel dengan warna yang pasti memukau! Gabungan warna di setsiap merchandise menampakkan ia lawa dan tertarik. Memang cantik dan stylish lah untuk kita ootd.
Selain itu, ada kejutan buat peminat Starbucks dan Christy Ng. Mereka telah mengadakan koloborasi yang sangat istimewa buat penikmat kopi dan fashion!
Bukan sahaja tumbler, pelbagai lagi koloborasi yang mereka ideakan menjadi satu cetusan menarik menjadi produk yang patut korang miliki!
Haaa! Tunggu apa lagi korang? Jom dapatkan semua koleksi menarik edisi All-New Summer ni. Dari minuman, hingga ke koleksi merchandise, semua wow dan cantik!
Ajak keluarga dan rakan korang untuk ke Starbucks sekarang!