Kerajaan Malaysia telah melancarkan kempen yang dipanggil “Shop Malaysia Online” bagi mendorong penggunaan e-commerce. Sebahagian daripada ini termasuklah baucar diskaun Foodpanda “KAKIONLINE”, yang memberikan potongan sebanyak RM10 daripada peniaga yang mengambil bahagian dalam aplikasi!
Starbucks juga termasuk dalam kempen ini. Jadi, kini anda boleh dapat minuman Starbucks dengan potongan harga sebanyak RM10! Dengan syarat, minuman yang dipesan perlu melebihi RM20.
Ya betul, anda tak salah dengar. Jika anda pesan minuman Fantasy Tail Frappuccino menggunakan foodpanda, akan dapat diskaun sebanyak RM10! Hanya perlu bayar RM10.67 dari harga asal RM20.67!
Anda perlu memilih minuman Fantasy Tail Frappuccino saiz Grande. Masukkan kod “KAKIONLINE” di “Do you have a voucher” dan dapatkan minuman anda pada harga yang murah!
Anda juga boleh memilih pilihan minuman yang lain, tetapi harga minuman adalah minimun RM20 untuk menikmati potongans sebanyak RM10. Jom pesan sekarang!