Dikatakan bekalan gula di Kelantan dalam keadaan sangat terhad ekoran selepas hari raya Aidilfitri. Melalui website Majoriti7, gangguan ini berlaku akibat penutupan sementara kilang gula MSM Malaysia Holding Bhd di negeri Johor dan Pulau Pinang. Itu menyebabkan gula habis di Negeri Kelantan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata. Kilang tersebut ditutup hanya sementara kerana memberi ruang untuk sambutan Aidilfitri dan baru sahaja beroperasi pada 25 April lepas.
Rakyat di Negeri Kelantan mulai rasa gelisah dan tak senang duduk kerana mereka pergi ke mana-mana kedai gula habis. Menyebabkan mereka terpaksa ke kedai yang jauh dan tidak pasti kedai tersebut ada gula atau tidak.
Datuk Seri Salahuddin Ayub juga menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mengeluarkan apa-apa spekulasi tentang harga gula akan naik.
Jika ada dijual pun, hanya 3 gula sahaja untuk satu pelanggan. Ini menyebabkan, para rakyat Kelantan mula rasa panik dan mula mencari setiap kedai di Kelantan.
Maka, mulalah ada yang cuba mainkan sentimen politik dengan mengatakan ‘Harga Gula’ akan naik tidak lama lagi tetapi sebenarnya tidak.
Dinasihatkan untuk rakyat Kelantan supaya tidak merasa cemas dan gelisah kerana bekalan atau stok gula masih mencukupi di negeri itu.
Tular juga di TikTok, seorang remaja lelaki memuatnaik sebuah video dimana gula penuh satu van. Maknanya, gula memang mencukupi untuk semua rakyat Kelantan.
@najmietyre Gulaa btul2 terhad skrg. Ready stock d #npberkat limit yer. 0106592727 #fyp #gulaprai #zyxcba
@_najmi27_ Gulaa btul2 terhad skrg. Ready stock d #npberkat limit yer. 0106592727 #fyp #gulaprai #zyxcba ♬ Udah Habis Duit Ini Kwek Kwek – Rian DTM
Semoga untuk sentiasa bersabar kerana Kerajaan Malaysia sendiri memaklumkan bahawa bekalan atau stok gula di Kelantan masih terkawal.
Kredit: Majoriti7