Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mula dilaksanakan semula di beberapa kawasan. Maka, ramai yang mula bekerja di rumah dan anak-anak juga tidak bersekolah. Bila asyik duduk rumah, anak-anak asyik nak makan. Sekejap-sekejap lapar, bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun sama.
Apa kata jom buat stok nugget frozen homemade ini. Buat banyak-banyak, nanti tinggal goreng sahaja bila anak-anak lapar. Selamat mencuba!
Duduk Rumah, Anak Sekejap-Sekejap Lapar. Buat Stok Nugget Macam Ni, Tinggal Goreng Je!
Bahan-bahan:
- Ayam bahagian dada 2 keping (dicincang halus)
- Roti 5 keping + susu segar/sejat (rendam roti dalam susu)
- Bawang putih 3 ulas
- Bawang merah 1 biji
- 1 sudu teh serbuk lada putih/hitam
- 1 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh oregano ering
- 1/2 sudu teh tyme kering
- Telur

Cara-cara:
- Gaulkan isi ayam yang dicincang bersama roti penyet.
- Kisar bawang-bawang. Kemudian satukan semua bahan-bahan lain dan gaul rata.

- Masukkan dalam loyang yang dah disapu sedikit minyak. Kukus 20-30min.

- Setelah sejuk, potong mengikut saiz yang di sukai.
-
Untuk bahan gaulan supaya rangup, siapkan tepung gandum + tepung beras, pukul telur 2 biji untuk celupkan dan serbuk roti oren.
- Mulakan masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam campuran tepung, celup pada telur, kemudian golekkan di atas serbuk roti.

- Simpan elok-elok dalam bekas bertutup, dan kemudia simpan dalam peti sejuk.

- Selamat mencuba.

Kredit: Shai Anne Ahemed