Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suami Buat Kenduri Open House Di Wad Hospital, Sampai Doktor & Misi Makan Sekali! Murah Rezeki Mereka Sekeluarga

Suami Buat Kenduri Open House Di Wad Hospital, Sampai Doktor & Misi Makan Sekali! Murah Rezeki Mereka Sekeluarga

Kategori:
wad hospital

Bila dah sakit dan perlu ditahan di Hospital, boleh katakan nikmat makanan kita juga akan ditarik. Mulalah terasa nak makan macam-macam makanan tapi risau pula makanan yang dibeli membuatkan diri kita lagi tidak sihat.

Seperti lelaki ini, sanggup memasak pelbagai makanan untuk isteri beliau yang ditahan di wad hospital. Bukan itu sahaja, siap jamu kepada pesakit yang ada di wad itu, sampaikan doktor dan misi makan sekali.

Suami Buat Kenduri Open House Di Wad Hospital, Sampai Doktor & Misi Makan Sekali! Murah Rezeki Mereka Sekeluarga

Kisah suami mithali ini dikongsikan oleh isterinya rajanurul123 di TikTok beliau. Difahamkan isterinya ditahan di wad hospital kerana mempunyai masalah kesihatan. Apa yang melucukan dan mencuit hati ntizen adalah sifat suaminya yang sanggup masak banyak lauk dan sajikan kepada mereka yang ada di wad hospital itu.

Siapa tak sayang isteri? Kalau dah isteri sakit, mestilah kita akan tunaikan segala keinginan isteri untuk makan apa.

wad hospital

Tambahan pula, beliau mengatakan bukan suaminya sahaja yang bawa lauk yang banyak. Pelawat yang lain yang datang melawat beliau juga berikan lauk kepadanya dan semua prihatin kepada kesihatan beliau.

Beliau menunjukkan makanan yang disusun di atas meja katil itu, dan pesakit lain yang ada di ad hospital itu datang bersama pinggan mereka untuk ambil makanan yang telah dihidangkan.

wad hospital

Apa yang lagi melucukan adalah, misi dan doktor turut sama menjamu selera makanan yang dihidangkan oleh beliau. Risau pula jika pesakit lain di wad hospital itu naik gula tiba-tiba kerana makan makanan yang tak patuh diet hospital.

Mungkin dengan cara ini, bila disajikan kepada orang lain. Allah permudahkan lagi kesihatan wanita ini kerana beliau bersedekah dan berkongsi rezeki kepada orang lain.

https://www.tiktok.com/@rajanurul123/video/7209280950176320795?_r=1&_t=8aezyrs2rrk

@rajanurul123dia jadi kenduri sungguhhhh dia buat…hahahhh..weiii haghuu sungguh laaa…🤣🤣

♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, silly, loose, comical, farce(1295330) – Ponetto

Murah Rezeki Awak, Moga Cepat Sembuh

Meninjau di ruangan komen, netizen puji dengan sikap yang ditunjukkan oleh suami beliau dan juga mendoakan kesihatan beliau supaya cepat sembuh.

wad hospital wad hospital wad hospital wad hospital

Semoga Allah memberikan kesembuhan kesihatan untuk Puan rajanurul123 dan dipermudahkan segala urusan beliau.

Amin!

Kredit: rajanurul123

Baca Juga: Makan Beradab Dengan Ayah Tepi Tingkap Wad Hospital, Mata Netizen Masuk Habuk Teringat Dekat Ayah Jaga Waktu Kecil

tags: | |