Rakyat Malaysia semakin kreatif dalam mereka bentuk kek. Macam-macam rupa bentuk kek yang ada. Bentuk barangan, bentuk pakaian, bentuk peralatan dan sebagainya. Malah ada juga yang mereka bentuk kek seperti rokok dan kubur.
Kek rokok dan kubur ini telah direka oleh isteri kepada Mohd Faizal Kuriq. Menurutnya, tahun lepas isterinya memberi kek berbentuk rokok sahaja. Tetapi berbeza dengan tahun ini apabila isterinya memberikan kek berbentuk rokok dan kubur.
Walaupun sekadar kek mungkin itu teguran oleh sang isteri kepada suami yang merokok. Agak terkejut tetapi dalam masa yang sama membuatkan suami berasa geli hati.
Kisah yang dikongsikan kembali oleh facebook Viral Media Johor itu mendapat perhatian warganet dan mereka menganggap ianya sebagai nasihat untuk sang suami agar berhenti merokok. Dalam masa yang sama warganet turut meninggalkan komen yang positif dan agak kelakar.
Sumber: Mohd Faizal Kuriq