Khidmat penghantaran makanan merupakan pekerjaan yang mendapat sambutan hangat pada saat ini. Antaranya adalah Grabfood dan FoodPanda. Memang ramai yang memesan makanan melalui dua platform ini. Tetapi apabila ramai pelanggan maka pelbagai perangai yang perlu dihadapi oleh food rider ini. Pelbagai kerenah yang bakal ditemui.
Terbaharu, ada seorang pemuda yang bernama Aiman Mohd Nazri meluahkan rasa terkilan apabila terpaksa menadah telinga mendengar pertengkaran antara suami isteri. Pada awalnya, dia menerima pesanan makanan dari seorang pelanggan yang memilih untuk membuat pembayaran secara tunai.
Namun sebaik sahaja pesanan dihantar, tiba-tiba pelanggan berkenaan meminta suaminya bayarkan sekaligus mengundang rasa tidak puas hati. Menurut rider Foopanda ini, jumlah COD yang dikenakan tidaklah mahal, hanya RM6 sahaja.
Namun melihat situasi tersebut, dia mengakui kesal kerana suami isteri berkenaan bertekak mulut tentang hal yang remeh ditambah pula terpaksa menunggu mereka di bawah cuaca terik.
Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan meluahkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa rider ini. Tetapi ada juga netizen yang terhibur mendengar luahan Aiman membebel menggunakan loghat Kedah.
@abang_pandaaOrg duk tercongokkkk kt luaq yg hampa duk gaduh pasai 6 ringgit ..Nasib x rakam time tu ..x pasai2 viral 😆##clanaimannazr1 ##kingoflive👑♬ original sound – Aiman Nazr1_🇲🇾
@mr_presiden1 Org duk tercongokkkk kt luaq yg hampa duk gaduh pasai 6 ringgit ..Nasib x rakam time tu ..x pasai2 viral 😆#clanaimannazr1 #kingoflive👑