Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Dah Macam Nak Merompak..”, Suami Layankan Craving Isteri, Terharu Sebab Sanggup Buat Macam Ni Walau Kedai Nak Tutup

“Dah Macam Nak Merompak..”, Suami Layankan Craving Isteri, Terharu Sebab Sanggup Buat Macam Ni Walau Kedai Nak Tutup

Kategori:
craving isteri

Menjalani kehidupan sebagai suami isteri memerlukan pemahaman yang mendalam terhadap pasangan masing-masing. Saling memahami di antara satu sama lain amat diperlukan untuk mengekalkan kesejahteraan dalam bahtera perkahwinan.

Menjadi lumrah sebagai seorang isteri, mereka inginkan kasih sayang daripada suami yang tercinta. Belaian dan kasih sayang yang ditunjukkan melalui kata-kata dan perbuatan amat membantu dalam menjaga hubungan agar kekal dan senantiasa harmoni.

“Dah Macam Nak Merompak..”, Suami Layankan Craving Isteri, Terharu Sebab Sanggup Buat Macam Ni Walau Kedai Nak Tutup

craving isteri

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini di laman TikTok, seorang isteri berkongsi kisah bagaimana dia terharu melihat suaminya sanggup melayan kehendaknya (craving) untuk makan roti di sebuah kedai yang hampir tutup.

Apabila mendengarkan si isteri mengidam sesuatu, tanpa berlengah masa, si suami sanggup meminta jasa baik pekerja kedai yang ketika itu sudah menutup kedai terbabit. Suaminya sanggup duduk dan menjenguk ke dalam kedai dan meminta dengan baik kepada pekerja untuk membeli roti yang isterinya idamkan.

“Kedai dah tutup tau tapi dia layankan I punya craving sampai sanggup buat macam ni. Staff tu dah closing tapi suami cakap wife mengidam sangat so dia pun okay je. Dah macam nak merompak hahaha. Terima kasih suamiku”, katanya bercerita tentang kisah suami layankan craving isteri tersebut.

Kedai Dah Tutup, Tapi Suami Tetap Usahakan Permintaan Isteri

craving isteri

Menerusi video tersebut, kelihatan suaminya amat bersungguh mendapatkan roti untuk isterinya dan gembira apabila dapat melakukan perkara itu.

craving isteri

https://www.tiktok.com/@dhiradgaf/video/7179564705361431835?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@dhiradgaf Dah macam nak merompak hahaha #bahagiaitusederhana #fypシ ♬ original sound – bigboss

Meninjau ruangan komen, ramai yang turut memuji kemanisan yang ditunjukkan oleh pasangan terbabit. Ia bukan tentang membeli, tetapi tentang memahami. Hal yang kecil seperti itu terlihat besar apabila si suami melakukan dan berusaha apa sahaja untuk isterinya.

“Tak susah pun nak bahagia. Jaga hati isteri, sekecil-kecil ni pun dah buat bahagia sangat. Semoga layanan suami ni sampai bila-bila buatmu adik,” komen seorang netizen memberi reaksi selepas menonton video manis suami layankan craving isteri.

“Uyooo bestnya dalam suami macam ni,” kata netizen lain yang turut memberi komen.

Untung Dapat Suami Memahami…

craving isteri

Melalui kisah suami layankan craving isteri ini, benarlah bahagia itu sederhana. Ia bukan tentang harta benda, tetapi tentang apa yang diperjuangkan bersama.

Sumber: Dhiradgaf

Baca juga: Wanita Ini Kejar Motor Aiskrim Dekat Lebuhraya, Ingin Menangis Bila Berjaya Kejar & Dengar Ceritanya. Ini Kisahnya..

tags: | |