Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Menangis Orang Yang Beli..” Suami Terkejut Isteri Selamba Guna Daging Wagyu Buat Masak Merah

“Menangis Orang Yang Beli..” Suami Terkejut Isteri Selamba Guna Daging Wagyu Buat Masak Merah

Kategori:
masak daging wagyu

Mungkin sudah ramai dalam kalangan kita yang tahu bahawa daging wagyu ini merupakan daging yang agak mahal. Bukan sahaja mahal namun ia juga mempunyai rasa yang premium. Nama wagyu ini diambil dari nama ‘Wa’ bermaksud Jepun dan ‘gyu’ yang bermaksud lembu.

Selain rasanya sedap, wagyu ini juga mempunyai khasiat yang lebih tinggi berbanding dengan lembu biasa. Menurut beberapa sumber, harga daging ini boleh mencecah RM25000 satu kilogram dan ia juga mempunyai beberapa jenis gred.

Suami terkejut isteri masak merah guna daging wagyu

Berkenaan dengan daging wagyu ini, terbaharu viral sebuah video di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang isteri yang selamba memasak daging wagyu suaminya. Memandangkan harganya yang agak mahal, suaminya yang juga merupakan pemilik restoran terkejut apabila mengetahui hal tersebut.

Sebelumnya, si isteri telah pun meminta izin untuk menggunakan apa pun bahan yang tersedia di dapur untuk memasak. Namun si suami langsung tidak menyangka bahawa isterinya akan menggunakan daging wagyu unntuk membuat masak merah.

@nuratulekhqal Wangyu aku jadi masak merah 😑😫… #wagyubeef #food ♬ original sound – Nuratul Ekhqal

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok. Ada yang berseloroh rasanya lebih sedap memandangkan sebelum ini warga TikTok yang dikenali dengan nama Boss_haz pernah buat masak lemak cili api menggunakan daging wagyu. Kemudiannya menjadi ular sawa.

Lagi sedap bang..

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen meminta abang ini makan sahaja mengenangkan isterinya sudah penat memasak. Dalam masa yang sama ada juga yang berkata mesti sedap wagyu masak merah ini. Di samping itu, ada juga yang berpendapat mungkin si isteri tak jumpa daging biasa.

Makan je bang..

Mesti sedap..

Lain macam kan bila tengok hidangan daging wagyu masak merah ini. Biasanya daging wagyu ini dimasak dengan cara bakar sahaja atau dihiris halus dan dimasukkan ke dalam makanan western. Tapi apa yang dikongsikan oleh Nuratul Ekhqal ini agak luar biasa.

Kredit: TikTok Nuratul Ekhqal

Baca juga: Bosan Dengan Goreng Kunyit? Jom Cuba Resepi Daging Kicap Black Pepper Pula. Dijamin Lebih Sedap & Puas Hati

 

tags: |