Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gadis Ini Suka Makan Sabun Serbuk, Netizen Sangka Ini Penyakit Pica, Minta Rujuk Doktor

Gadis Ini Suka Makan Sabun Serbuk, Netizen Sangka Ini Penyakit Pica, Minta Rujuk Doktor

Kategori:
makan sabun serbuk

Pernah tak korang mengidam atau ketagih untuk makan benda yang pelik-pelik? Misalnya sesuatu makanan yang korang tak pernah makan ataupun makanan yang orang lain tak pernah makan. Biasanya, orang ketagih makan makanan seperti Maggi atau makanan segera lain kan? Tapi, ia berbeza dengan apa yang dilalui oleh seorang gadis ini.

Seperti yang tular baru-baru ini, gadis tersebut mengakui bahawa dia mempunyai tabiat yang sangat pelik. Sejak 11 tahun dahulu, dia menghidap ketagihan akan sabun serbuk pencuci sehingga sanggup menelan dan memakannya.

Gadis Ini Suka Makan Sabun Serbuk, Netizen Sangka Ini Penyakit Pica, Minta Rujuk Doktor

“Saya tidak tahu saya memang ketagih gila dengan sabun serbuk. First bau dia wangi yang membuatkan I nak makan. 11 tahun hadap benda yang sama.

“Jadi hidup saya sekarang ni jangan bagi I nampak sabun tu je. Saya automatik geram dan sampai tertelan air liur,” luahnya dalam video suka makan sabun serbuk berkenaan.

Dalam pada itu, dia juga meminta tips daripada netizen dan orang ramai di luar sana agar berkongsi cara untuk berhenti daripada ketagihan yang dianggap bahaya kepada kesihatannya.

“Boleh tak share tips untuk berhenti makan sabun,” soalnya dalam hantaran video sama.

@zakiraaa.4♬ suara asli – Elvis Trajabitu – Yuyushop1718

Sementara itu, dalam video perkongsian yang lain, dia bercerita mengenai bagaimana sejak dari kecil dia telah mengalami ketagihan ini dan menyatakan bahawa sabun serbuk rasanya manis dan sedap.

Sabun Rasa Sedap Dan Manis

@zakiraaa.4

Please la jangan kecam i , i try untuk berhenti 🙏🏻

♬ original sound – 🦋 – ieraa 🦋

@zakiraaa.4Please la jangan kecam i , i try untuk berhenti 🙏🏻♬ original sound – 🦋

Meninjau ruangan komen, ramai juga netizen yang berkongsi pengalaman pelik lain yang terjadi kepada diri masing-masing.

“Masa kecil aku suka rasa simen. Tak tahu kenapa tapi sedap macam rasa serbuk kunyit,” kongsi seorang netizen.

Selain itu, ada netizen yang berkongsi fakta bahawa ini merupakan satu ketagihan yang juga satu penyakit. Penyakit ini dikenali sebagai Pica Disorder yang harus dirawat dan tidak boleh dijadikan sebagai bahan jenaka.

“Orang ramai dalam komen ni melawak pasal benda ni dan mengabaikan realiti sebenar yang ini adalah Pica Disorder di mana orang akan cenderung untuk makan benda yang bukan mempunyai sifat makanan,” kata netizen bernama Rell.

“Jumpa doktor sis, takut sis ada Pica. Pica ni bila kita teringin makan benda yang bukan makanan,” kata Syahirah dalam ruangan komen perkongsian suka makan sabun serbuk itu.

Jangan Melawak, Ini Penyakit Pica Disorder, Netizen Minta Gadis Itu Rujuk Doktor

Untuk info, Pica Disorder adalah jenis gangguan makan atau eating disorder yang ditandai dengan makan sesuatu yang tidak wajar, atau bukan makanan, tidak mengandung nilai gizi, bahkan dapat menyebabkan masalah kesihatan.

Keadaan ini tidak sama dengan perilaku anak yang memasukkan benda-benda yang bukan makanan ke mulut, kerana rasa ingin tahu. Sebaliknya ini biasanya menyerang orang dengan penyakit mental dan boleh juga menyerang orang tanpa masalah kejiwaan.

Semoga gadis tersebut jumpa jalan penyelesaainnya dengan merujuk orang yang pakar dan merawatnya di klinik kesihatan atau hospital. Ditakuti tabiat dan ketagihan ini akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang.

Sumber: Zakira

Baca juga: “Janji Tak Dicapati..”, Bekas PM Datuk Seri Najib Dipenjara, Lelaki Ini Tunaikan Janji Belanja Netizen Super Ring

tags: | |