Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sultan Kelantan Sertai Majlis Korban, Guna Lembu Baka Charolais Milik Baginda

Sultan Kelantan Sertai Majlis Korban, Guna Lembu Baka Charolais Milik Baginda

Kategori:
Sultan Kelantan sertai majlis korban

Menjadi sesuatu yang mengujakan apabila Sultan menyertai rakyat dalam apa-apa program kerana pendekatan pihak atasan dan rakyat akan dapat dilihat melalui program sebegini.

Ia dapat dilihat pada musim Hari Raya Haji apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turun bersama bagi menyempurnakan program penyembelihan. Ia merupakan acara tahunan dan terhenti seketika sejak dua tahun lalu susulan pandemik Covid-19.

Sultan Kelantan Sertai Majlis Korban, Guna Lembu Baka Charolais Milik Baginda

Semalam, baginda berkenan menyembelih dua ekor lembu sempena Program Majlis Korban Jama’ie Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) 1443/2022M.

Program diadakan di Padang Kompleks Islam Jubli Perak, Sultan Islam Petra, Panji, Kota Bharu.

Sultan Kelantan sertai majlis korban

Salah seekor daripada lembu terbabit merupakan lembu baka Charolais atau lembu sado. Lembu berkenaan merupakan lembu milik baginda dengan berat hampir satu tan.

Keberangkatan tiba baginda turut diiringi Tengku Bendahara Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.

Acara yang menarik perhatian ramai ini turut menghimpunkan hampir 500 penduduk setempat dan melibatkan lima kumpulan petugas sembelihan ternakan dari Tumpat, Binjai, Gunong dan Beris Kubu Besar.

Sementara itu, Tengku Mohamad Rizam berkata, fasa peralihan ke endemik ketika ini membolehkan majlis korban perdana dilaksanakan selepas dua tahun.

“Sejumlah 45 ekor lembu korban disediakan pada program kali ini.

“Daging korban ini akan diagihkan kepada hampir 2,800 orang fakir miskin, asnaf yang dipilih sekitar Kota Bharu,” katanya.

Sultan Kelantan sertai majlis korban

https://www.tiktok.com/@tvwau/video/7119120459701947675

@tvwauSultan Kelate semeleh lembu♬ original sound – TVWAU

Melihat ruangan komen netizen, ramai yang mengagumi sikap prihatin Sultan. Katanya, Sultan Kelantan memiliki sifat yang merendah diri jika bersama rakyat dan dikatakan sememangnya baginda berjiwa rakyat.

Misalnya, mengambil salah seorang komen netizen bernama Saufie, dia berkata, dalam banyak-banyak Sultan, hanya kelihatan Sultan Kelantan sahaja yang mengamalkan acara ini pada setiap tahun.

“Banyak-banyak Sultan, Sultan Kelantan je buat begini setiap tahun. Hasbunallah Wanikmalwakil,” tulisnya memberi komen.

Selain itu, seorang lagi netizen berkata, lembu sado yang dipilih baginda sebagai korban sembelihan membuatkan ia dapat diagih kepada banyak fakir miskin yang memerlukan.

“Besar korban, banyak lah agihan yang dapat diberikan kepada asnaf, Alhamdulillah,” tulisnya dalam ruangan komen berkenaan Sultan Kelantan sertai majlis korban.

Dapat Ringankan Beban Asnaf Hasil Lembu Besar Baginda

Sultan Kelantan sertai majlis korban

Melalui perkara ini, semoga agihan yang diberikan kepada asnaf yang memerlukan dapat meringankan beban dan menggembirakan hati mereka.

Hari Raya Korban adalah untuk kita bersama sucikan jiwa dan eratkan silaturahim. Misalnya dalam program Sultan Kelantan sertai majlis korban ini berlangsung.

Sumber: tvwau

Baca juga: Resepi Dan Cara Masak Untuk Roti Puri Gebu, Sedap Cicah Dengan Kari!

tags: | |