Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Susah Nak Cari Daun Palas? Jom Buat Ketupat Daun Pisang Tetap Lembut Dan Berlemak

Susah Nak Cari Daun Palas? Jom Buat Ketupat Daun Pisang Tetap Lembut Dan Berlemak

Kategori: ,

Tak lama lagi umat islam akan menyambut hari raya selepas sebulan berpuasa. Pastinya ketupat akan menjadi hidangan wajib ketika hari raya. Tetapi mengenangkan sekarang adalah musim PKP dan yang berada di bandar tidak dibenarkan pulang ke kampung. Maka terpaksalah mencari cara lain untuk membuat ketupat.

Daily makan bawakan resepi ketupat daun pisang khas kepada anda yang tidak pandai membungkus ketupat dengan menggunakan daun palas atau susah nak cari daun palas waktu-waktu begini. Jom kita cuba buat ketupat daun pisang ini. Tetap lembut dan berlemak.

BAHAN-BAHAN:

  • Beras pulut – 4 cawan
  • Santan – 2 biji kelapa
  • Daun pandan – 1 helai
  • Daun pisang – 1
  • Garam – Secukup rasa

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rendam beras pulut 2 jam
  2. Kukus kan beras pulut bersama santan sedikit garam dan daun pandan.
  3. Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
  4. Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
  5. Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
  6. Ok siap dah. Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit : Hairul Hamid

Baca juga: Resepi Soto Ayam Orang Kampung, Sedap Tak Terkata

tags: