Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beli Susu Pekat, Tarikh Luput Lambat Lagi Tapi Tekstur Macam Sekaya Wanita Ini Minta Pendapat

Beli Susu Pekat, Tarikh Luput Lambat Lagi Tapi Tekstur Macam Sekaya Wanita Ini Minta Pendapat

Kategori:
beli susu pekat manis macam sekaya

Pasti ramai dalam kalangan anda yang pernah membeli barangan dapur namun barangan tersebut tidak seperti kebiasaan yang anda beli. Tidak kiralah sama ada dari segi kuantiti atau kualiti.

Terbaharu, seorang wanita di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official, Khazaimah Khalid berkongsi pengalaman yang hampir sama. Di mana dia membeli susu pekat manis yang berjenama Gold Coin.

Namun apa yang membuatkan dia kehairanan kerana tekstur susu berkenaan yang pekat seperti sekaya. Berikutan itu dia buntu, sama ada susu berkenaan boleh makan atau tidak.

Susu pekat ka sekaya?

xtau la, beli susu pekat ka sekaya

boleh mkan ka dak ni?

#GoldCoin #KrimerManis

Terima kasih yg reply, btw tarikh luput 2022

Menurutnya tarikh luput susu berkenaan adalah pada tahun 2022. Menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi dan jawapan daripada warganet berkenaan dengan isu tersebut.

Menurut ahli group berkenaan Ctey Adnan, adiknya merupakan seorang pekerja di kilang susu tapi susu berjenama lain. Menurutnya, susu tersebut masih lagi elok cuma terlebih manis. Rasa seperti karamel kerana overheat sewaktu proses menyediakan susu berkenaan atau pun cara penyimpanannya yang tidak betul.

Ada juga ahli group yang lain berpendapat hampir sama. Mungkin terdedah dengan suhu panas. Malah ada juga yang menyatakan pendapat agar Khazaimah tidak menggunakan susu berkenaan. Memandangkan fizikal dan teksturnya sudah berubah, lebih baik jangan makan.

 

Dalam masa yang sama ada juga pendapat warganet yang pelbagai. Ada yang mengatakan susu jenama tersebut memang begitu.

Susu lama..

Gold coin memang warna macam ni..

 

Walaubagaimanapun, jika anda berasa was-was untuk menggunakannya ada eloknya jika ia dibuang sahaja. Bimbang memudaratkan kesihatan pula. Namun jika acap kali mengalami kejadian yang sama, mungkin anda boleh membuat aduan kepada pihak mereka.

Kredit: Khazaimah Khalid Via MATJHN

Baca juga: Apa Perbezaan Susu Pekat Manis Dengan Krimer Pekat Manis? Yang Manakah Lebih Selamat Untuk Digunakan?

tags: |